27 - Yussouf Al Taiyoobi

1.7K 91 28
                                    

Konvoi Ratu Kiko diiringi oleh berbatalion tentera yang dilatih dengan penuh kecekapan. Pun begitu, kehadiran Yussouf al Taiyoobi menjadikan kawalan keselamatan lebih ketat.

Yussouf al Taiyoobi rasa lain macam bila lalui jalan ini. Dia merasakan akan berlaku serangan hendap dari pihak pemberontak.

"Pengawal..."

"Yes master, Dark Lord..."

"Periksa jalan ini. Aku rasa Sang Arjuna dan kawan-kawannya sedang berkumpul di sini. Dan bila kau jumpa mereka, bawa aku ke sana dan biar aku beri jalan penghabisan pada mereka," Yussouf al Taiyoobi menyelak jubah hitamnya. Jari jemarinya yang sudah mulai mereput, tetapi kerana kuasa jahatnya menyebabkan dia terus hidup.

Yussouf al Taiyoobi sudah hidup selama ribuan tahun. Dia hidup semasa zaman Firaun masih lagi memerintah Mesir. Sepanjang kehidupannya, segala empayar dari Mesopotamia, Mesir, Parsi, Greek, Rom, hingga ke Alam Dewata, sehingga Amerika - semua jatuh di tangannya.

Kuasa hitam hasil pemujaan kuasa roh jahat Eye of Horus, amalan termasuk makan daging mumia yang mereput serta memuja piramid inilah yang menjadikan Yussouf al Taiyoobi masih lagi hidup selama ribuan tahun.

Pun begitu dia amat gusar dengan prophecy kitab Hammurabi yang mengatakan empat pemuda, dua lelaki dan dua perempuan ini akan mampu menewaskan kuasanya.

Dan salah satu dari empat pemuda ini ialah anak kepada Bendahara Mahathir.

Bendahara Mahathir meninggal dunia beberapa tahun yang lalu selepas sekian lama dia meninggalkan alam sebelah gerobok ini. Pintu gerobok ini tidak pernah dibuka sejak kali terakhir Bendahara Mahathir melepasi pintu gerobok ini, dan sehinggalah Nizam buka pintu ini kerana tripping.

Riak wajah Yussouf al Taiyoobi tenang, walau berkerut. Jubah hitam yang dipakainya menyerap segala tenaga yang ada dan mengekalkan kuasa jahat di dalam badannya.

Ratu Kiko sedang tenang melihat keadaan sekeliling. Entah tiba-tiba, sebatang anak panah singgah tepat di dada Ratu Kiko.

"Kita diserang!" jerit Laksamana Gajah Merah.

"Bodoh mereka ni, mereka tak tahu ke aku dan Yussouf al Taiyoobi ni kebal? Gajah Merah, Naga Timur, patahkan serangan mereka, dan I rasa darling I Puru ada kat sini. Tak jauh rupanya you lari, hehehe!" Ratu Kiko cabut panah di dadanya, dan lukanya kembali pulih.

Pertempuran sengit antara tentera pemberontak dan tentera Ratu Kiko berlangsung. Kenderaan yang mengiringi Ratu Kiko dan Yussouf al Taiyoobi nampaknya diserang bertali arus, namun mereka masih lagi dapat bertahan. Kenderaan mereka berhenti di depan kem tahanan.

Lelaki berjubah hitam keluar dan mengeluarkan tenaga elektrik dari tangannya ke seorang tentera pemberontak.

"Kalian semua anak-anak mentah."

"Sila menyerah!" kata seorang lagi tentera pemberontak mengacukan bazooka ke kepala lelaki berjubah hitam itu.

Lelaki berjubah hitam itu ketawa sinis.

"Kau kenal siapa aku?"

Tentera pemberontak itu tergamam.

"Akulah...Yussouf....al Taiyoobi...."

Tentera tadi terus menggelupur sampai berbuih mulutnya. Begitulah berkuasanya Yussouf al Taiyoobi. Mendengar bisikan namanya sahaja sudah mampu membuatkan orang mati menggelupur.

Segerombolan tentera pemberontak cuba menembak dan memanah Yussouf al Taiyoobi, tapi Yussouf al Taiyoobi hanya menepis pakai tangan sahaja, peluru itu kembali ke arah penembak, dan anak panah itu kembali tercucuk di dada pemanah.

Gerobok Arwah Ayah EleenaWhere stories live. Discover now