"Kenapa dengan bibir tuan hamba yang membengkak tu?" kata Sang Uchan sambil bersarapan ubi kayu.
Kamelia dan Adli tergelak.
"Tuan hamba, diamlah!" Sang Arjuna Perkasa tension bila Sang Uchan mengatakan tentang bibirnya yang bengkak.
"Rilek la Juna, ramai apa model yang bibir tebal. Kau kan selalu perasan hensem," Adli tenang je sambil kunyah ubi kayu.
"Kau tu macamlah selalu tak perasan hensem," Kamelia gelak dari tepi.
Adli tenang nyanyi lagu Ukays Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.
"Seumur hidup aku...iniii yang pertama, pintu hatiku diketuk, oleeeeh dua wanitaaaa..."
"Diamlah, babi," Kamelia tutup mukanya sebab lagu itu mengenangkan isu dia berebut Adli dengan Ustazah Mardihah.
Tiba-tiba Putera Hasanuddin datang menyapa Kamelia dari tepi.
"Mari ikut ke istana bergerak beta. Kita sarapan American breakfast," kata Putera Hasanuddin sambil menjeling ke arah Adli.
"Seumur hidup aku, ini yang pertama, pintu hatiku diketuk, oleh dua lelaki, pergi dulu Adli, makanlah kau ubi kayu tu," Kamelia terus bergerak mengikut Putera Hasanuddin.
Adli stress je bila makan ubi kayu dan terpaksa merelakan Kamelia pergi mengikut putera raja. Mana boleh macam ni. Maruah Margera tercalar la diperlakukan sebegini.
"Sang Uchan, ikut aku jap," kata Adli.
"Tuan hamba nak hamba buat apa?"
"Kau nak breakfast hotdog tak?" tanya Adli sambil memaut leher Sang Uchan dan memandang tukang masak Putera Hasanuddin.
"Ha, boleh juga, tuan hamba."
"Dia tengah nak grilled hot dog tu, kau standby. Nanti bila dia nak hantar pinggan tu, kau cakap dengan dia, biar kau yang hantar. Kau orang kepercayaan raja," kata Adli.
"Okay, tapi hamba nak makan hot dog?"
"Sebelum kau sampaikan pinggan putera raja tu ke dia, kau bagi aku dulu," kata Adli.
"Okay," Sang Uchan bersetuju. Adli terus menuju ke jamban, memerut.
"Hmmmpphh, tahi ini berkualiti tinggi, penuh dengan zat besi," Adli meneran dengan ada rokok sebatang di bibirnya.
Selepas berak, Adli cebok, dan ambil dan pegang tahinya.
Sang Uchan datang tepi ke tukang masak.
"Tuanku Putera kata suruh hamba hantar," kata Sang Uchan, rilek je.
Tukang masak raja tenang menyerahkan pinggan yang berisi hotdog untuk sarapan putera dan Kamelia di kabin diraja.
"Nah."
Sang Uchan bawa pinggan yang berisi hotdog tadi pada Adli.
"Kimaknya bau tuan hamba ni?" Sang Uchan tutup hidung.
"Bak sini pinggan putera tu, kau bagi Kamelia yang ada hot dog tu. Hot dog putera tu, cutting la. Kau makan separuh aku makan separuh," kata Adli.
"Ish tuan hamba ni, apa letak tahi dalam makanan?" Sang Uchan garu kepala.
"Kau diam je lah, sekarang kau pergi ambik roti tu, kau cover hotdog Kam dengan roti. Letak la sikit cili sos, bagi nampak presentable."
Sang Uchan ambil roti dan sos cili serta sos BBQ di ruang dapur kabin dan berikan pada Adli.
"Kau letak hotdog tu dalam roti, ha, gitu. Ambik Dijon mustard tu, bagi nampak warna warni. Ha, aku hias putera punya," Adli letak tahinya dalam roti putera, kemudian hiaskan dengan sos cili dan Dijon mustard serta letakkan sos BBQ untuk cover bau.
YOU ARE READING
Gerobok Arwah Ayah Eleena
FantasyGeng empat Cheras Perdana sedang adakan parti cendawan di rumah Eleena. Nizam ternampak sebuah almari antik di rumah Eleena. Dan kerana perasaan ingin tahu, dia masuk dalam almari itu, dan dia ke alam yang lain dari realiti.