18 - Nizaleena

1.1K 95 5
                                    

Dayang Selasih menangis sampai tertidur, semalaman dia tak makan. Dia sedih kerana Puru tidak menghargai cintanya. Dia terkejut dari tidurnya bila dia terdengar suara ayam berkokok.

Dia menghendap dari tingkap dan nampak Nizam dan Wijaya Kencana sedang berbual ketika baru menyembelih ayam. Eleena pula sedang berbual-bual dengan Norkiah tentang resipi perbezaan asam pedas Melaka dan Johor.

"Di Melaka mereka letak limau purut, dan cilinya lebih pekat, tapi kalau di Johor, mereka letak daun kesum dan bunga kantan. Tapi hari ini, saya nak belajar masakan orang Melaut," kata Eleena.

"Awak tahu masak gulai lemak nangka? Kebetulan ada satu pokok nangka tu, buahnya satu dah masak?" kata Norkiah.

"Nangka ni saya prefer masak pengat, tapi sebab cinta hati saya ni teringin makan masak lemak keledek, boleh kita masak yang tu? Cinta, ada keledek ni, pucuk paku pun ada ni, awak nak tak?"

Nizam tersengih-sengih.

"Cinta, tengok saya bawak apa untuk awak," Nizam keluarkan dari poketnya buah mangga kecil.

"Thank you, cinta. Awak ingat buah favorite saya ya?" Eleena cium dahi Nizam.

Dayang Selasih nampak mereka berempat mesra dengan pasangan masing-masing, tapi dia nampak Puru masih lagi berduka.

"Dayang, awak dah bangun?" kata Norkiah di tepi tingkap.

Dayang Selasih hanya mengangguk dan terkejut melihat Norkiah tegurnya.

"Panggil abang Puru masuk rumah, kita dah nak masak ni," kata Norkiah sambil membawa daun kunyit ke dalam rumah.

Eleena siang ayam, Norkiah potong kunyit dan bawang putih, Wijaya Cemara kapak kayu dan Nizam bawa kayu api ke dapur.

"Cinta, awak boleh ke masak dengan dapur kayu api tu?" tanya Nizam.

"Kenapa? Terkejut saya pandai guna dapur kayu api?" tanya Eleena.

"Awak ni saya kagum betul. Awak boleh hidup gaya orang bandar, dan gaya orang kampung tanpa rasa kekok. Awak boleh jadi urban, dan boleh jadi gadis Melayu terakhir dalam masa sama. Awak ni rare, awak tau tak?" kata Nizam.

Eleena dah blushing.

"Dah la tu, janganlah puji saya sangat, cinta. Saya malu lah," Eleena pandang Nizam tersenyum-senyum.

Dayang Selasih dari tepi memandang Nizam dan Eleena bermesra.

"Betul, awak nak tau tak, Norkiah, kalau hal bandar, bab bersolek, bab beli baju, semua dia pandai. Bab ilmu, dia pandai matematik, sains, bab-bab kampung, masak gulai ni semua pandai. Awak tau tak, setiap hari, ada je benda yang saya akan kagum dengan awak," Nizam terus cuba mencuri hati kekasihnya.

"Cinta, awak puji-puji saya ni ada makna ni. Baik awak cakap," Eleena tiup bara api dengan buluh.

"Every day I learn something new when I'm with you, cinta."

Mereka berenam makan tengah hari, nampak kemesraan antara Nizam dan Eleena, sementara Norkiah nampak Puru seolah-olah tidak menyentuh nasi, dan Dayang cuma diam.

Puru meninggalkan meja makan tanpa menjamah makanan pun, dan Dayang juga meninggalkan meja dengan menangis.

Nizam pandang Eleena, Eleena pandang Norkiah, dan Norkiah tunduk. Wijaya Cemara buat selamba makan.

"Sedap tuan hamba masak lemak keledek ni, hamba suka. Kiah, lain kali masak macam ni," kata Wijaya Cemara memuji masakan Eleena.

"Sila nikmati, Wijaya."

Gerobok Arwah Ayah EleenaWhere stories live. Discover now