8 - Eleena Dan Dayang Selasih

1.2K 103 11
                                    

Esok pagi mereka semua bergerak dari Sungai Chol untuk berjalan selama tiga hari menuju ke Gua Anjing. Ini kerana mengikut GPS, jalan yang nak dituju itu melalui cerun berbukit dan jalannya terlalu sempit untuk berjalan.

"Tuan hamba jangan bimbang, kalau tuan hamba penat, hamba boleh tolong papah, atau dukung," kata Sang Arjuna Perkasa pada Eleena.

Eleena mencebik. Menyampah pula Eleena dengan Sang Arjuna Perkasa ni.

"Jin afrit! Perangai macam Sarip Dol!" Eleena terus berjalan sebelah Nizam.

"Ala, mula-mula benci nanti rindu," kata Sang Arjuna dari belakang.

"Nasihat hamba, toksahlah try hard sangat. Lagipun sampai sana nanti, tuan hamba akan bertemu kembali dengan Audrey Hepburn yang tuan hamba puja selama ni," kata Sang Uchan yang mengantoikan Sang Arjuna.

"Sayang, tolong bawakkan beg I ni jap, I nak bawak khemah ni," kata Dayang Selasih pada Puru Cendana Pura.

Puru Cendana Pura tak banyak songeh bawa terus beg kekasihnya.

"Woi, Adli, kau ada torchlight tak?" tanya Kamelia.

"Kat rumah masalahnya. Puru, kau lukis torchlight. Gelap la jalan sini," kata Adli.

"Nah, Pen Hikmah," kata Puru. Kamelia lukis tujuh torchlight, sorang satu.

"Zam," tiba-tiba Adli bersuara.

"Ha, apa dia?"

"Kau kata kau pengakap, kau nyanyi la lagu pengakap kau."

"Haah, anda nyanyi lah!" Kamelia menyahut.

Nizam membersihkan kahak di tekaknya.

Honda cup Yamaha Suzuki
Mazda Toyota Corolla
Kenderaan ini senang dicari
Di mana mana ada sahaja
A a a aji nomoto
O o o odo rono
Nak duit belilah toto
Kalau dapat melancong ke Tokyo

Lu la la, lu la le, lu la, lu la, – le, lu la
Lu la, lu la, lu la, lu la – le

Sayang boleh satu   
Boleh satu
Masih ayu
Sayang boleh satu

Dua ……………. masih suka
Tiga …………… mesra
Empat ……….. sihat
Lima ………….. sama
Enam ………… senang
Tujuh ………….. kukuh
Lapan ………… tampan
Sembilan ……. tahan
Sepuluh ……… gaduh!

"Comel lah cinta nyanyi lagu pengakap," kata Eleena.

"Kalau orang suruh tepuk, tepuk tau," kata Nizam.

Tepuk pengakap! pap pap, pap pa pa pa pap!
Sekali lagi! pap pap, pap pa pa pa pa pap!
Tepuk banyak kali!
Tepuk nyamuk!

"Lame betul lagu pengakap tuan hamba ni," kata Sang Arjuna Perkasa dari tepi.

Nizam diam je bila kena sound dengan Sang Arjuna. Eleena terus pegang tangan Nizam.

"You're the coolest boyfriend ever, cinta," Eleena saja je bakar Sang Arjuna, bikin panas.

"Kalau ada herba ni okay jugak ni," kata Adli.

Tiba-tiba Kamelia tersenyum.

"Kau dah kenapa tersenyum?"

Kamelia bisik.

"Cibai, bak sikit la! Kau tengok ni Eleena, dia senyap-senyap seludup butterscotch cookies kau satu balang! Sial!" kata Adli.

"Karang kalau kau kena kat sini, ada jugak yang berenang tengah hutan ni karang," kata Nizam.

Gerobok Arwah Ayah EleenaWhere stories live. Discover now