Esok mereka berlapan bergotong royong membantu mengebumikan mangsa yang terkorban. Eleena kucup dahi jenazah arwah Melur, dan ibunya Makcik Siantan, sebelum solat jenazah diimamkan oleh Sang Arjuna Perkasa.
Suasana sayu menyelubungi Kampung Hulu Paku. Puru Cendana Pura pula terkenangkan peristiwa Kampung Sagil yang diserang oleh Yussouf al Taiyoobi.
"Kakak akan rindu awak, Melur," Eleena ucap kali terakhir sebelum jenazah mereka semua ditanam secara beramai-ramai.
Mereka semua sehari suntuk membersihkan Kampung Hulu Paku yang musnah teruk. Membina kembali rumah yang runtuh, membersihkan sampah-sampah, serta membantu memberikan makanan pada penduduk kampung yang terputus bekalan makanan.
Mereka membina semula tali air untuk tujuan pengairan, serta menggunakan kudrat orang kampung untuk membaiki semula kenderaan tentera yang rosak, untuk digunakan untuk menyerang kembali tentera Ratu Kiko.
Pendekar Harimau Berantai melihat anak muridnya semua masih lagi teguh dengan semangat mereka. Sementara itu, geng Cheras Perdana pula sibuk melakukan kerja-kerja amal.
Semasa sedang angkat barang itu, Sang Arjuna nampak Audrey Hepburn sedang menyapu sampah.
"Hai, Audrey Hepburn. Tengah buat apa tu?"
Seluruh penduduk kampung facepalm.
"Allah..."
"Astaghfirullah al azim..."
"Nak, dah besar jangan jadi macam tu, bodoh nak mampos."
"Malu aku nak ngaku member macam ni," kata Sang Uchan sambil hisap rokok gulung.
"I lagi malu nak mengaku dia ni abang I," Dayang Selasih pula sedang mop lantai.
Sang Arjuna terus down selepas bertanya soalan macam tu pada seorang gadis. Itulah kesilapan yang sering dia ulangi.
"Bro, boleh aku cakap sikit tak?" kata Adli, tiba-tiba memeluk bahu Sang Arjuna.
"Apa yang tuan hamba nak cakap?"
"Kau perasan tak, pagi tadi kau dah cantik dah. Eleena dengan Nizam pun dah okay dengan kau. Semua dah berjalan lancar, kau siap jadi imam solat jenazah lagi. Semua respect kau. Tapi tadi tu..."
"Hamba tahu, inilah kelemahan hamba."
"Kau tak boleh macam tu. Kau kena jadi macam, apa buku Nami Cob Nobbler tu, Kam?"
"Lelaki Eksistensial," kata Kamelia yang sedang membantu Eleena masak lauk untuk nasi kawah.
"Ha, macam tu. Kau tak boleh ngorat awek sebarang-sebarang. Kau ni badan sado dah. Muka dah jambu macam Fattah Amin. Tapi kau takde attitude. Takde orang kata, guts!"
"Faham tu, faham."
"Kau cuba tengok Nizam?"
Kelihatan tiga empat orang makwe beratur berebut-rebut nak berborak dengan Nizam.
"Walaupun dia pemalu, dia muka blur, suka buat kelakar bangang, tapi makwe suka dia punya versi kelakar bangang. Kau punya versi kelakar bangang, creepy, kau tau tak?" kata Adli yang tiba-tiba bertukar menjadi Doktor Cinta.
"Aku punya kelakar, jangan cakap la. Aku punya kelakar bertahap world class," kata Adli lagi.
"Jadi, bagaimana hamba nak memikat wanita dengan baik? Hamba dah masuk kuliah cinta Romi Samudera pun masih gagal," kata Sang Arjuna.
"Sang Uchan, kau sini jap?" Adli panggil.
"Apa dia, tuan hamba?" kata Sang Uchan.
"Kau jadi pompuan jap."
YOU ARE READING
Gerobok Arwah Ayah Eleena
ФэнтезиGeng empat Cheras Perdana sedang adakan parti cendawan di rumah Eleena. Nizam ternampak sebuah almari antik di rumah Eleena. Dan kerana perasaan ingin tahu, dia masuk dalam almari itu, dan dia ke alam yang lain dari realiti.