Petang itu mereka berlima memasang trap kerana jangkaan mereka akan menuju ke arah rumah Seri Yam Kencana.
"Kam, kau pasang trap jala ni, aku nak usha tempat lastik terbaik," kata Adli.
Eleena mencari biji getah beracun yang berhampiran hutan bersama Nizam, dan Puru pula sibuk menggali lubang dengan dipacakkan dengan kayu tajam.
"Kan best kalau ada Alim," kata Adli sambil memerhatikan jerat dipasang dengan baik.
"Adli, ini biji getah beracun yang awak nak," kata Eleena menghulurkan satu guni biji getah beracun pada Adli.
"Kau bakar kain yang kau pegang tu, kalau bahagian racun tu kena tangan kau, serius menggelupas, gatal-gatal tangan kau. Nanti, jangan lupa ambik cuka, basuh tangan kau dengan cuka," Adli memberi amaran.
Eleena pulang ke rumah seperti dinasihatkan Adli.
"Pedang yang kau curi tadi tu mana?" tanya Adli pada Nizam.
"Ada kat sini," kata Nizam.
"Kejap lagi dorang akan datang. Let's rock and roll!" kata Adli.
"Sini kami panggil batu dan guling. Kepada Dewa Batu dan Guling, harap dia memberkati muzik rock!" kata Puru.
"Sama la tu. Mari kita batu dan guling!"
Mereka berempat bersembunyi di sebalik pokok, dengan Adli bersedia dengan anak panah. Kamelia pula telah bersedia dengan pedang, sementara Nizam dan Puru sudah bersedia dengan lastik dengan biji getah beracun.
Ketua pasukan tentera Ratu Kiko yang mukanya merah dan bengkak-bengkak kena sengat tebuan tadi berhenti, dan pengikutnya juga berhenti.
"Kenapa hamba rasa lain macam kat sini?"
"Sshh, belum lagi Kam," kata Adli. Kamelia bersedia untuk memotong tali jerat yang diikat dengan jala.
Ketua pasukan tentera tadi mengarahkan konco-konconya berpecah. Dan bila berpecah, meninggalkan hanya ketua tenteranya dan dua orang assistant dia sahaja.
"Now!"
Kamelia putuskan tali jerat lalu jerat itu menangkap ketua tentera dan dua assistant tadi. Adli sibuk memanah beberapa orang tentera yang menghampiri ketua mereka yang terjerit-jerit.
"Kita diserang! Kita diserang!" jerit ketua platun tentera tu.
Kamelia datang dan menikam beberapa orang tentera sambil Nizam dan Puru melastik.
"Not bad juga tuan hamba ni, orang bandar!" kata Puru pada Nizam.
Adli baling dua botol molotov cocktail yang dia buat di rumah tadi tepat ke obor tentera tadi. Keadaan platun tentera Ratu Kiko tadi kucar kacir apabila serangan panah dan getah beracun dari pelbagai arah mengelirukan mereka.
"Tuan hamba, tentera mereka datang lagi!" kata Puru dari atas pokok.
"Pundamauneh, macam mana nak lawan macam ni, ni dua belas orang boleh la lawan. Sekali datang lima puluh ni, mampos la," kata Adli.
"Kam, undur!" kata Adli.
Entah macam mana, mereka berempat nampak sebuah kapal terbang yang nak mendarat.
"Kepala hotak dia ada pulak kapal terbang?"
Mereka nampak ada tiga orang terjun dari kapal terbang dan bertarung melawan dengan tentera yang baru tiba itu.
"Siapa pulak tu?" kata Nizam.
Puru tersenyum lega. Dia menjerit nama kekasihnya.
"Dayang! Dayang! I'm here!"
YOU ARE READING
Gerobok Arwah Ayah Eleena
FantasiGeng empat Cheras Perdana sedang adakan parti cendawan di rumah Eleena. Nizam ternampak sebuah almari antik di rumah Eleena. Dan kerana perasaan ingin tahu, dia masuk dalam almari itu, dan dia ke alam yang lain dari realiti.