20 - Durian

1.1K 97 17
                                    

Esok team Gunung Kickapoo bersiap-siap untuk meneruskan pengembaraan selepas dua hari berehat di rumah Norkiah.

"Terima kasih Eleena, sebab ajar hamba masak pengat nangka yang sedap sangat tu," kata Norkiah.

"Tak ada apa lah Kiah, apa yang saya tahu, saya ajar asalkan ikhlas menerima. Sila nikmati, ya? Pergi dulu, Kiah, Wijaya!" Eleena bersalaman pada dua pasangan tadi.

Norkiah menghulurkan salam pada Dayang Selasih, tetapi Dayang Selasih memeluk Norkiah.

"Terima kasih, sebab mencintai abang Puru dengan sepenuh hati," kata Norkiah.

"Wijaya, jaga diri dan Norkiah baik-baik."

"Baik, semoga kalian semua dapat menewaskan Yussouf al Taiyoobi."

Nizam salam Wijaya Cemara dan Norkiah.

"Nizam, hati-hati kat Gunung Kickapoo tu. Di situ kalau gunung berapi meletus, bahaya," pesan Wijaya Cemara.

"Dah ramai orang terkorban di situ, semoga awak semua selamat," kata Norkiah.

Puru datang dan menghulurkan salam pada Wijaya Cemara. Tetapi Wijaya Cemara memeluk Puru.

"Jangan bimbang, hamba akan menjaga Norkiah sebaiknya. Semoga tuan hamba dan Dayang bahagia sehingga akhirnya," Wijaya Cemara menepuk bahu Puru.

"Abang Puru..."

"Ya Norkiah?"

"Terima kasih atas ingatan selama ini."

Puru hanya senyum tapi luka di hati siapa tahu.

Mereka berempat melangkah pergi dan meneruskan perjalanan menuju ke Gunung Kickapoo.

"Puru, awak okay?" tanya Eleena.

"Ya, hamba okay."

"Nizam, you dah fikir nak main lagu apa?" tanya Dayang Selasih.

"Ada fikir beberapa lagu. Highway Star, Deep Purple, Back In Black AC/DC, mungkin lagu Welcome To The Jungle Guns and Roses," kata Nizam.

"Cinta, awak tak pernah main lagu macam tu pun," kata Eleena.

"Saya risau kalau lagu genre kita akan ditolak mentah-mentah oleh Dewa Batu dan Guling. Bukan nak cakap apa lah, punca kenapa scene rock ni mati, selain dari rock star asyik bunuh diri, dorang ni ramai ageist. Orang muda tak suka orang ageist ni," kata Nizam.

"Kenapa tak bawak lagu rock alternatif?" tanya Eleena.

"Saya rasa dorang akan reject la, cinta. Takpe, saya dah praktis dah. Saya akan cuba."

"Cinta, saya tak nak kehilangan awak, saya tak sanggup," Eleena pegang tangan Nizam.

Nizam hanya tersenyum sambil dalam hati risau memikirkan cabaran rock off challenge yang bakal menantinya.

"Nizam, kalau you ada peluang nak jumpa dengan seseorang yang you paling nak jumpa, dead or alive, siapa?" tanya Dayang Selasih.

"Dead, Kurt Cobain. Alive, Eddie Vedder."

"Bukan Daiyan Trisha ke?" Eleena singgung lengan Nizam, mengusik. Nizam kerut muka.

"You sayang?"

"Hamba kalau yang mati, nak jumpa Soe Hok Gie. Hidup, hmm, Chuck Palahniuk."

"You pulak, Eleena?"

"Yang hidup, Stephen Hawking, yang mati, Marie Curie," kata Eleena.

"I pulak, yang hidup, nak jumpa Kim Gordon..."

"Wooo!" Nizam menjerit. Dia memang minat Sonic Youth.

Gerobok Arwah Ayah EleenaWhere stories live. Discover now