Gambar yang berada diatas tu logo Dark Cyber.
2 minggu sudah berlalu
"Hah.. hah.. hah.. sela-selamat dah sampai kelas ADUHH!! Letihnya! " ujar Luke yang baru sahaja berlari masuk ke kelas kerana lambat.
"Ceh, itu pun nak kata letih. Atelit sekolah lah sangat. Hatui! Lari sikit je kut? Dah macam orang tua. ."
Lama Shiro merenung Luke. Terkebil-kebil kawan tu jadinya.
"Bila difikirkan balik, kau dengan orang tua tak ada beza. Sorry. " Sambung Shiro selamba sebelum menghirup air kotaknya. Tajam mata Luke meningkam namun dibalas dengan wajag dungu sahaja.
'Eleh.. bolehlah ada kuasa teleport. Bukan nak tolong aku! boleh siap bye-bye lagi! tak guna punya kawan. Terima kasih sangat. ' getus hati Luke.
'Your welcome. Lagi pun, aku tak nak dengar Akari membebel. So senang aku guna teleport. Nampak kau, aku cabutlah. Kalau tak ,kantoilah aku lambat. 'kata Shiro menggunakan telepati.
"Yelah sahabat paling tak guna aku. " balas Luke sambil meletakan beg ditempatnya di mana hanya didepan Shiro . Teburai gelak tawa mereka berdua. Rakan sekelas sudah biasa dengan perangai dua orang ini. Seorang malas, seorang suka bedrama. Ada je peragai yang pelik pelik dari dua orang mahluk ni.
***
"Ha.. hah.. ha.. apalahh..nasib aku! tak habis.. habis lari je hari ni... ahhh..."
Ujar Luke yang sudah termengah-mengah dek kerana belari.
"Sekurang-kurannya kita tak kena tangkap and dah sampai kelas pun." Balas Shiro yang tenang berjalan sambil minum air kotak berperisa anggur. Langsung tidak sedar pandangan membunuh kawannya.
KUK!
"Aww..! Kau babun buntut merah! Apasal kau ketuk aku?! Nak kena maki ke apa?! " Shiro menggosok kepalanya apabila dipukul oleh Luke. Sakit hawau !
"Kau dah maki dah pun! Huh!"
Luke buat muka meluat kemudian masuk ke kelas sambil bersiul seperti tidak ada apa-apa.
"Kalau marah pun tak payahlah ketuk kepala, selamat tak benjol. "Bisik remaja lelaki berambut putih sebelum mengeluh.
Shiro masuk ke kelas lalu duduk di tempat duduknya. Luke? Seoamba sahaja lelaki itu ambil kerusi dia dan berpaling ke belakang. Ternaik kening sahabatnya yang satu itu.
"Nak sembang dengan aku? Tapi tadi ketuk kepala aku pahal? "
KUK!
"Hoii! Yang kau ketuk lagi dah kenapa? Sakit tahu tak?! "
Marah Shiro pada Luke. Mana taknya, dalam sehari kalau kepala atau muka dia tak kena ketuk ,tak sah. Kalau bukan Lucia sebab nak kejut dia bangun pagi, Akari lah yang ketuk kepala dia sebab lambat, ni tambah lagi sorang.
'Diorang ni suka sangat ke kat kepala aku? Ingat kepala aku punching bag ke? At least bayar insurance lah! ' getus hati Shiro kerana geram.
"Yelah rambut kau tu putih macam dram punya muka. Yang selalu orang ketuk tu, tu aku pukul. Yelah nak test dram depan mata aku ni ada bunyi tak. Rupanya ada. " balas Luke selamba badak. Kali ni Shiro pulak memandang Luke dengam pandangan geram.
"Lagi pun tu balasan sebab kau lari dulu daripada aku. Siap boleh minum air lagi kut? Like, what the hell dude?! Bukan nak tolong!" perkataan 'siap' ditekankan sedikit.
"Itu sebab, kalau aku tolong nanti lemak-lemak aku habis terbakar! Mana boleh! Kau ingat ada ke mak-mak nak anak-anak dia terbakar huh?!"
"Why you-!"
YOU ARE READING
ELEMENTAL KEGELAPAN [C]
FantasyAccept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius Di Dunia Angkasia Manusia mampu mengunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Banyak hidupan yang ting...