Chapter 13 Shiro & Luke

5.3K 345 37
                                        

Shiro POV

Aku membuka mata ku. Harimau bayang yang mahu menyerang aku terpelanting jauh menghampas pokok yang besar. Aku tersenyum sinis manakala Katsu bersiul.

"Heeh. Baru tutup mata kejap.. Kuasa kau dah bertambah. Baguslah Bro! " kata Katsu sambil mengangkat ibu jarinya. Aku hanya memandang kosong kemudian tersenyum sinis.

"Heh,kau nak sangat aku berlatih kan? "

"Aii... Lain macam pulak aku dengar. "

Api hitam mula mengelilingi aku. Senyuman yang menampakan hampir semua gigi aku membuatkan air peluh mula menuruni di muka Katsu ditambah pula mata biru aku yang bertukar merah bercahaya terang di sebalik bayang yang menutupi mukaku.

"Let's start our training, Katsu. "

" Err Ehe. Nak makan tak? "

"Better you run now, Katsu Reynard. "

"Haha. Yeah"

Piungg!!!

Lalu aku pun mengejar Katsu dan menyerang menggunakan cara yang sama. Heh, silap cari pasal lah bro.

"SHIRO I'M SORRY!!! "

"SORRY CAN'T HEAR YOU!! "

Katsu mengelak setiap serangan api hitam milik aku. Kemudian aku berhenti menyerang. Katsu menarik nafas lega. 'Selamat aku' katanya didalam hati.

"Heh jangan lega sangat. "

"Huh? "

"Aku nak all out. "

Katsu tergamam kemudian dengan pantas menarik kolar bajuku. Kemudian menggoncangkan ku.

"Siapa kau? Apa kau dah buat dekat kawan aku! Mana Shiro pemalas tu?! Jawab soalan aku lah!! "

Pakk!!

"Kau pahal babun?! Boleh pening kepala aku tahu tak! "Marah ku pada Katsu.

"Adehh.. Kenapa kepala jugak kau target? Tapi Shiro, betul ke kau nak all out? Tak macam diri kau pun. "

"Saja. Bukan selalu. "

'Sebenarnya aku nak kau jadi bahan experiment kuasa aku je.' Kataku didalam hati.

'Jahat jugak kau ni. Kesian pulak aku kat budak tu. ' kata Hakuryu.

'Salah dia sendiri. '

'Ikut suka kau lah jangan melebih sudah.'

"Hihi itu tak janji"

"Apa yang tak janji? " soal Katsu. Aku hanya menggeleng kepala.

"So.. all out? "

"All out. "

Shiro POV end

Katsu tersenyum gembira.
Aura bayang mula mengelilingi dirinya. Kuasanya juga ditingkatkan.

'Mari mulakan Kage' kata Katsu kepada Spirit jenis Guardiannya .

'Sure

Katsu menutup matanya dan menumpukan kuasa bayangnya bersama Kage.

"SHADOW ARMOR ACTIVE!! "
Bayang ungu hitam megelilingi Katsu Kemudian apabila bayang itu hilang seluruh angota Katsu di sarungkan dengan armor hitam.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang