Accept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart.
By Marcus Aurelius
Di Dunia Angkasia Manusia mampu mengunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Banyak hidupan yang ting...
Seorang lelaki dalam lingkungan 24 tahun, berdiri di tepi padang sambil berpeluk tubuh. Cermin mata hitam, dipakai sambil memerhatikan dua orang remaja berambut putih dan remaja berambut jingga yang sedang berlari mengelilingi padang yang agak luas.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"SAYA SURUH LARI BUKAN TIDUR PAKCIK! MASIH ADA 15 PUSINGAN LAGI! LAJU LAGI! KAMU PUN LUKE!TINGGAL 10 PUSINGAN JE LAGI KAMU PUNYA! "
Tegas suara yang sedang memerhati gelagat dua orang remaja yang suka buat benda tak masuk akal. Terutama sekali remaja berambut putih. Ada ke patut lari sambil tidur?
Macam orang selalu kata.. Malang tidak berbau.
TUK!
"Aduh! Sakitlah! apa hal kau duduk kat sini, hah?! Aku bunuh jugak karang... Orang tengah lari, dia boleh duduk dekat tengah padang. GILA! " marah si rambut putih tanpa melihat siapa yang dimakinya.
KUK!
"Aduh du duh... Ish ni seko lagi nak kena. Apahal main ketuk kepala orang?! kepala sendiri ada, ketuklah!"
"Aku kena ketuk kuat lagi kut kepala kau. Aku yang manusia ni kau sekokan? "
KUK!
"What the heck man?! Nak-"
Mulut Shiro ditekup. Luke sengih melihat muka merah padam rakanya. Marah latuww..
'Padan muka! siapa suruh kenakan aku tadi? ' bisik hatinya.
"Tak payah lah kau bazir air liur memaki aku. Bukan aku peduli pun."
Shiro mengulikan biji matanya keatas.
" Lagi satu, kau yang gila sekarang sebab marah dekat tiang gol bola sepak tu. Tadi dalam kelas, kau kata aku gila kan? haa... sekarang kau yang gila ! Siapa suruh tidur masa berlari? kan dah langgar tiang gol. Muka kau dah macam longkah pecah duh!! Hahahaha...! " ujar Luke panjang lebar. Lalu dia meneruskan denda yang dikenakan keatasnya bersama tawa.
Shiro terpinga-pinga. Tiang gol? Shiro memandang sebelah kanannya.
Oohh.. Tiang gol.
'Laa... Kau ke yang aku langgar? ... maaf lah yaa..? '
Ujar Shiro walaupun dia tahu tiang itu tidak akan memberi balasan. Dia menggosok tiang gol itu lagi. Kemudian timbul idea jahat.
' Hihihi..kau kata aku gila kan? siap kau...! '
Tiang gol menjadi target. Senyuman Shiro semakin melebar.
'Ada ubi ada batas, hari ini aku balas..! Rasanya? macam pelik je, gasaklah. Siap sedialah wahai dikau sahabat ku! muahahaha! '
Here we go! One, two three!
"LUKE ADA PELAJAR PEREMPUAN CANTIK AND FAMOUS PLUS CUTE PUTIH YA AMPUN!! MINTAK NAK COUPLE DENGAN KAU! " Jerit Shiro .