Chapter 5 The tragedy that changed everything

6.8K 441 47
                                        

Seorang gadis berambut biru laut dan memiliki mata berwarna merah seakan darah, naik ke bilik abangnya. Kuali yang buntutnya sudah hitam dipegang. Ketukan pintu di beri sebanyak tiga kali.

"No one at this bedroom. "

Balas suara yang masih mamai. Keluhan berat meniti diatas bibir sang gadis. Ketukkan pintu masih diberi sebanyak tiga kali.

"Meow, no one at this bedroom. Imma just a kitty who love to help oh so call my friend.. "

Masih dalam nada yang sangat mamai, tinggal masa untuk dibuai balik oleh mimpi. Keluhan berat dilepaskan lagi.

'Boleh jadi rutin harian aku kalau macam ni, naik turun tangga kejut orang tua pemalas ni aje. '

Lalu kaki menendang pintu didepannya.

"ABANG BANGUNLAH! DAH NAK DEKAT TUJUH PAGI DAH NI ! TAK KAN LUCIA NAK NAIK TURUN TANGGA TIAP-TIAP HARI KENA KEJUT ABANG JE?! " marah Lucia.

"Eloklah tu, boleh kurus sikit. Abang tengok pun kamu dah macam.. "

Sebelum sempat Shiro menghabiskan kata-katanya, lehernya telah diletakan bilah pedang yang berwarna hitam.

"Macam apa? Kalau sanggup nak hilang kepala, mata, otak.. habiskanlah kata-kata abang yang tersayang... Lucia nak tahu abang tengok Lucia macam mana sebenarnya.. " kata Lucia tersenyum girang. Shiro teguk liur.

"Uhuk .. uhuk.. maksud abang, abang dah tengok Lucia macam bidadari yang cantik putih, rajin, bersih seperti kertas dan kain yang suci. " kata Shiro seperti memuji. Bukan puji Ikhlas pun, setakat nak redakan kemarahan si adik yang mulai bengang.

"Ish, apalah abang ni! dah siap cepat. Oh lupa pulak.. "

Lucia yang sudah mengatur langkah untuk pergi, berhenti di depan bilik pintu.

"Kak Emyriel pergi sekolah dengan kita hari ni. Lucia pun baru tahu yang rumah dia selang dua buah je. And pasal pujian abang tu.. Lucia boleh terima. Tapi kalau abang betul-betul habis kan ayat yang sebenar tadi.. " Lucia memengang pintu bilik Shiro kemudian..

SSHREKK!

Berlubang habis pintu bilik Shiro dek kerana ditusuk oleh bilah-bilah besi seperti kon.

"Mungkin kepala abang jadi sama macam ni. "Kata Lucia sambil tersenyum lalu keluar dari bilik Shiro.

Shiro memandang pintu biliknya itu, lalu bergegas ke bilik air. Dalam otak dia satu je..

'MATI AKU, MATI AKU, MATI AKU'.

Dia melajukan pergerakannya apabila jam sudah menunjukkan pukul 6:59 a.m.

***

"Oh hai Shiro, selamat pagi! "ucap Emyriel yang berada di sebelah Lucia.

"Pagi. " Balas Shiro sepatah. Lucia hanya menggeleng kepala manakala Emyriel tergelak kecil.

"Apa? " soal Shiro.

"Abang serius nak pakai seluar tu? " Shiro melihat seluarnya.

Mata membulat kemudian dia memandang adiknya dengan muka poker face.

"Okey je abang tengok. "

Balas Shiro. Lucia ternganga. Emyriel tergelak kecil.

"ABANG JANGAN NAK MENGADA! PERGI TUKAR SEKARANG SELUAR TIDUR ABANG TU DENGAN SELUAR SEKOLAH! JANGANLAH NAK MALAS SANGAT! " Marah Lucia.

Yelah mana tak marah, ada ke patut pakai seluar tidur? kalau warna hitam tak ada corak boleh lah.. ni tak, seluar tidur dahlah berwarna pink. You hear me PINK! Tambah pulak corak kuda ada tanduk.. apa entah orang pangil dia. Unicomp.. unina. Ucorn.. apa apa jelah.

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang