Chapter 39 I'm your secret guardian right?

4.1K 325 70
                                        

Keesokan harinya.

"Huwaaahh... hmrrm..urgh..do I really need to tell him Luke? Kau seorang tak boleh ke? " soal Shiro yang kini kelihatan mengantuk. Memang selalu pun nampak dia macam mengantuk.

"Ehh.. Yang nak pergi lawat rumah anak yatim tu kau ke aku? "

"Aku.. "

"Haa! Tahu pun. Alaaa.. Shiro, setakat bagi surat ni pastu kau explain . Apa susah? " kata Luke sambil mengunyah roti yang di belinya sebelum berjalan bersama Shiro ke bilik pengetua.

"Haiih.. serius lah kau tak boleh ikut? "

"Serius. Aku kena jaga Fuyu, sampai dia sedar. "

"Budak perempuan yang serang kau dulu? "

"Ha'ah. Haiih.... Aku dengan Dr. Rikka pun pelik sebab dia tak bangun- bangun lagi. Aku harap dia sedar lah. "

Luke mengeluh sambil berkata dalam nada yang sayu. Shiro menepuk bahu sahabatnya itu sambil tersenyum.

"Sabar lah. Aku yakin Nanti dia bangun. Don't worry too much okey? " Luke tersenyum sebelum mengangguk.

"Eh, kejap Shiro. Kau tak tanya ke dekat Lucia and Akari? "

"Dah. Diorang kata Diorang busy so aku tak nak lah paksa. "

"Ouhh.." Luke mengangguk tanda faham. Setelah lama berjalan Akhirnya mereka sampai di depan bilik pengetua. Luke mengetuk pintu itu lalu di buka oleh seorang Butler. Luke menepuk bahu Shiro lalu menolaknya masuk ke dalam bilik itu.

"Ah, En. Ryuzaki. Ada apa-apa yang saya boleh bantu? " soal Pengetua Arnius ramah.

Shiro menghulurkan sekeping kertas untuk kebenaran melawat Rumah anak yatim di bandar Ryzder.

***
Setelah menemani Shiro ke bilik pengetua, Luke mengambil keputusan untuk pergi ke bilik rawatan untuk menjaga Fuyu.

Luke POV

Haihh.. Aku harap Fuyu dah sedarlah bila aku sampai nanti. Risau jugak aku kalau dia tak sedarkan diri lagi.

Tapi aku peliklah, macam mana dia boleh sampai di academy ni? Tambahan Dr. Rikka ada bagi tahu aku, semasa dia merawat tubuh Fuyu ada beberapa kesan luka dan parut di bahagian belakang seperti dilibas. Dan anggaranya sejak dia berumur 14 tahun lagi.

"Apa yang dia dah lalui selama ni?" Bisikku.

Tanpa aku sedar, aku sudahpun sampai di bilik rawatan. Aku tersengih sendiri. Heh, how lucky. Fikir-fikir je dah sampai.

Kedebuk!

Buk!

Keting!!

Tiba- tiba kedengaran beberapa kaca dan benda benda pecah jatuh! Aku membuka pintu kasar! Terkejut aku di buatnya apabila keadaan bilik tunggang langgang.

"Apa dah jadi ni?! "

Sebelum sempat aku melangkah masuk, badanku terus di peluk seseorang.

"Fuyu? "

"Awak jahat! Awak kata awak tak akan tinggalkan saya! Tapi bila saya sedar awak dah tak ada! Saya takut tahu tak?! "

Tengkingnya tiba-tiba. Jelas air matanya merembes keluar. Okay. Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Serius, aku blur gila.

"Syukurlah awak datang Luke. Dia tak habis-habis cakap nak lelaki rambut oren. Penat kami fikir siapa. Kamu rupanya. Haiihh.. "

Keluh Dr. Rikka yang kelihatan agak kusut. Aku hanya tersenyum kelat sebelum mencempung badan Fuyu yang masih menangis di dada aku.

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang