Chapter 38 The Orphan

3.9K 310 25
                                    

Shiro POV

Aku merebahkan badan apabila terasa sengal dan sakit dek kerana terlebih guna kuasa tadi. Haishh.. kalau tahu jadi macam ni ,baik aku tutup mata masa tengok daemon- daemon tu supaya nafsu membunuh aku tak kuasai diri.

"Last-last aku dapat tangan serigala tu je. Dah lah bulu dia pun tak banyak dekat tangan. Ingat boleh lah buat permaidani ke baju sejuk kalau aku bunuh dia. Haiih... Nasib, nasib," omel ku seorang diri.

Tok

Tok

Tok

"Masuk jelah Luke. Bilik kau jugak. "

"Ehe, ingat kau tak boleh cam? "

"Kalau ketuk kalahkan gajah tu kau lah. "

Luke mencebik lalu masuk ke dalam bilik. Aku melihat dia atas bawah. Dude dia tahu tak apa itu pakaian?

"Luke where's your clothes? "

"What clothes? "

Okay sekarang aku faham maksud Akari bila dia tanya apa salah Luke sebab jadi bodoh kadang kala. No. He always be an idiot.

Dia tak pakai baju der. Boxer aje dia pakai sekarang. Tak malu ke jalan sepanjang koridor tak berbaju? Hentaii betul.

"Luke , I know you lost your brain and that make you an idiot. Tapi tolong jangan hilangkan hati kau sampai perasaan malu kau tak ada. "

"Hey! Aku ada otak lagi lah! But, apa maksud kau dengan 'where's your clothes? ' "

"Kau tak pakai baju lah setan."

"Huh? Ap-WHAA!!! SHIRO SEJAK BILA KAU TAHU HILANGKAN BAJU ORANG NI?! PERVERT! "

"BODOH! WAKTU KAU MASUK TADI MEMANG DAH TAK PAKAI BAJU! "

"HUWAA! JANGAN TENGOK! AKU TAK NAK KAU BERNAFSU DEKAT AKU! "

"GILA! PERGI PAKAI BAJU LAH!!"

Terus Luke berlari masuk ke dalam bilik air tanpa berfikir panjang. Masalahnya dia tak bawak baju! And what the heck? Aku mernafsu dekat dia? Eeww! Go to hell lah.

"Err... Shiro? "

"Kau nak apa lagi setan? "

"Nak baju. "

"Kau keluar ambil tak boleh ke? " soal ku geram.

"Mana boleh! Nan-"

"Kalau kau tak keluar ambil baju kau, pagi esok jangan tanya aku kenapa kau tetiba ada dalam keranda. "

Dia tersengih kambing dengan ugutanku sebelum berjalan ke arah almarinya. Tch, last- last pakai dekat depan aku jugak. Hanat sungguh.

"Apa tengok-tengok? " soalnya apabila aku merenung dia.

"Tengok bahagian badan kau yang boleh aku seksa kalau kau cakap benda bodoh lagi. Contoh macam dekat perut. Aku tikam banyak kali and then aku ambil darah kau tukar dengan darah orang pandai. Kau rasa darah tu sampai tak ke otak kau? Kalau tak, aku cuba aje lah anggota lain. "

"Siot, kau macam nak bunuh aku aje. "

"Kalau itu sahaja cara nak cerdik kan kau ,then yes. "

Luke mencebik apabila mendengar bidasan selamba aku. Kemudian aku termenung sendiri apabila teringat kan lelaki yang aku jumpa tadi. Kenapa dia ada aura yang sama macam Lucas? Betul ke tu Lucas? Kenapa aura dia lebih kepada negative berbanding dahulu?

"Oit! Mengelamun pulak kau. "

Terus lamunan aku terhenti dek kerana terlalu banyak memikirkan tentang lelaki tadi. Aku mengeluh sebelum mengerengkan badan aku menghadap Luke yang duduk di birai katil aku.

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now