Chapter 50 Alferia and Exdeath

3.4K 321 161
                                    

KTTAANGGG!!

KRANGGGG!!!

TAAANGG!!

Lagaan bilah pedang dan Katana milik 2 susuk tubuh meretakkan kawasan pertempuran mereka! Angin kencang terhasil setiap kali mereka menggasak satu sama lain. Bandar Alterald yang sebelum ini cantik sudah bertukar seperti neraka! Api menjulang di sana sini!

"HAHAHA!!! Keturunan Ryuzaki dari abang aku memang tak pernah lemah! HAHAHA!! "

KTAANGGG!!!

Yurei dan Silent yang pada asalnya hanya berlawan di Akademi, bertukar tempat pertempuran. Mereka kini berada di tengah bandar Alterald.

Bilah pedang dan katana mereka yang bertembung, di jauhkan seraya mereka melompat kebelakang. Silent mendarat dengan sempurna sebelum pedang hitam miliknya dicacakkan di atas tanah. Tangan memegang hulunya itu. Nafas diatur lalu Mata di tutup rapat. Auranya dilepaskan secara mendadak membuatkan sekelilingnya retak dan terhasil sebuah kawah besar!

"The death sword from Darkness,
I'm heir of curse dragon, lending your power to me and punish the evil! "

Kilat hitam mula sambar menyambar di keliling Silent! Pedang miliknya mula bercahaya kehitaman! Apabila Silent membuka matanya di sebalik topeng, iris yang asalnya merah bertukar emas.

"..The Curse sword , ALFERIA! "

DUUUUSHHHH!!!!

Satu sambaran kilat hitam mengehentam Silent! Walaubagaimanapun, Silent tidak terjejas mahupun cedera. Tetapi berbeza dengan pedangnya.

Pedang hitamnya bertukar saiz dan bentuk. Saiznya lebih besar dan bentuknya sangat berbeza sama sekali.

*Alferia*

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*Alferia*

Silent menarik Alferia lalu di hunuskannya kearah Yurei. Yurei yang pada awalnya terkejut tersenyum sebelum ketawa. Silent hanya memandang kosong.

"Alferia huh? Sudah lama aku tidak melihat pedang itu. Aku ingatkan pedang tu dah lama hancur atau di kunci kerana-"

"Memang masih ada roh yang tidak aman dalam pedang ini. "

Cantas Silent sebelum Yurei sempat menghabiskan kata katanya. Yurei berdiam diri dan membiarkan Silent berbicara. Alferia di turunkan.

"Aku dapat mendengar lolongan kesakitan dan penyesalan mereka. Kesilapan Itu sudah menjadi sifat manusia, tetapi roh mereka yang berada dalam pedang ini terlalu taksub dan angkuh sehingga membawa mereka ke jalan penyesalan. Dan.. pedang ini juga akan menjadi kunci untuk kau ke neraka atas kekejaman yang telah kau lakukan! "

SLLLLLAASSSHHHH!!!!!

Satu libasan dilepaskan ke arah Yurei! Mata Yurei terbelalak sebelum mengelak pantas!

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now