Derapan tapak kaki memasuki kawasan yang gelap. Orang ramai semua berkerumun untuk melihat apa yang sudah terjadi.
"Tadi aku dengar ada orang berlawan. "
"Entahlah orang cakap kumpulan Dark Cyber buat hal lagi. "
"Seriuslah?! Wahh bahaya nya! "
"Eh ada dua orang guardian lah! "
"Mesti kes berat ni. "
Dan bayak lagi gosip gosip yang dikeluarkan oleh orang ramai. Para Knight dan Pasukan Khas menjalankan tugas mereka sebaik sahaja mereka sampai di tempat kejadian. Knight menyuruh orang ramai untuk menjauhi kawasan dimana tekanan kuasa yang kuat berlaku beberapa minit tadi.
"Huh? Lucia apa jadi kat sana? Jom tengok. " ajak Akari.
"Errmmm...tak payahlah Akari. Nanti lambat abang aku pulak yang risau. Kalau kes berat,aku percaya esok keluar berita.Dahlahh...jom aku hantar kau balik. " ujar Lucia.
"Yelah, cik puteri Lucia. " sakat Akari. Lalu pipi gebu miliknya menjadi tempat cubitan yang amat sakit! Akari terjerit kecil lalu mencebik.
"Tu padahnya! Kau pun tahu aku tak suka kau guna panggilan tu! Selamat menjamu cubitan yang sedap itu. " kata Lucia sambil tergelak kecil.
"memang sedap pun kau punya cubitan! Bravo! Bravo! " kata Akari dengan nada sarkastiknya. Lalu mereka pun berlalu pergi dari tempat itu.
Di Hospital Airies.
"Tuan Lance, Tuan Kyo anggota saya sudah memeriksa keadaan tiga Konco konco Dark Cyber itu... nampaknya yang masih hidup hanya ketua sahaja manakala lagi dua orang mati. Salah seorang dari mereka terbelah dua. Manakala seorang lagi jantungnya ditarik keluar dari badan.. Ketuanya pulak hanya Nyawa nyawa ikan... itu sahaja maklumat sekarang. " kata salah seorang Doktor di hospital tersebut.
"Terim kasih Doktor. Kasai.Lagi satu macam mana pulak dengan dua orang budak tu? " soal Kyo.
"Tentang dua orang budak tu pulak. Tak silap saya nama pesakit berambut oren ialah Luke Tsuyoshi manakala yang berambut putih pulak Shiro Ryuzaki, betul? " soalnya. Kyo, Lance dan Emyriel hanya mengagguk.
"Pesakit Luke dalam keadaan yang stabil hanya beberapa tulang sahaja yang sudah patah. Tapi jangan risau dia hanya perlu berehat supaya boleh sembuh sepenuhnya termasuk jugak dengan pesakit Shiro." Terang Doktor Kasai. Mereka hanya mengagguk tanda faham. Emyriel menghembuskan nafas lega.
"Tapi.... " kata doktor itu lagi membuatkan mereka berpaling ke arahnya.
"Tentang pesakit Luke. Saya nak tanya apa sebenarnya kuasa dia kalau kamu tahu? " soal Doktor itu. Kelihatan Lance mahu menjawab tetapi membatalkan sahaja niatnya. Kyo yang perasan akan hal itu membiarkan sahaja.
"Apa yang saya tahu dia cuma ada kuasa Elemen ais dan masa je... yang lain tu saya tak pasti pulak.. " kata Emyriel. Doktor kasai hanya mengagguk kecil.
"Kenapa doc? " Kali ni Lance pulak yang membicarakan soalan.
"Sebenarnya semasa saya merawat luka dia,saya menggunakan kuasa Healing tapi ada tenaga lain yang menghalang. Walaupun banyak kali saya cuba, kuasa Healing saya tetap tak boleh nak merawatnya. Yang pelik nya tempat yang saya nak rawat tu tiba tiba je sembuh seperti tidak ada apa apa dan.... " kata kata Doktor Kaisai terhenti seketika.
Lance hampir sahaja menarik kolar baju doktor Kasai, tetapi dihalang oleh Kyo dan Emyriel. Kata kata yang disambung oleh Doktor Kasai tidak boleh diterimanya.
"Doktor ini bukan gurauwanlah! Saya tak percaya! Doktor tipu je kan?!" bentak Lance yang tiba tiba marah.
"Woii! Lance yang kau marah tiba tiba ni pahal?! " soal Kyo yang pelik dengan kawannya yang tiba tiba naik hantu.
![](https://img.wattpad.com/cover/117822896-288-k919176.jpg)
YOU ARE READING
ELEMENTAL KEGELAPAN [C]
FantasiaAccept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius Di Dunia Angkasia Manusia mampu mengunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Banyak hidupan yang ting...