Chapter 41 Shadow Guardian Return!

3.8K 290 67
                                    

Shiro POV

"To-tolong! "

Terus langkah aku terhenti apabila mendengar jeritan seperti seorang kanak-kanak. Apabila aku menoleh kebelakang ,satu libasan sesungut sotong menjamah badan aku lalu membuatkan aku terpelanting dan jatuh di atas tebing bukit di sekitar hutan itu.

"Shiro! "

"Urgh!"

Aku menggelengkan kepala untuk menghilangkan rasa pening. Rasa sakit kian menghilang. Terima kasih pada kuasa healing aku.

"Emyriel duduk diam dekat situ! Biar aku bakar Daemon jahanam ni. "

Terus rambut aku bertukar hitam. Mata aku juga berubah warna yang sama. Pedang Dark Fire sudah berada di tangan.

Groowww!!!

"SENYAP LAH!! "

Slashhh!!!!

Aku melibas pedang itu sebaik sahaja badan dianjak ke depan. Tanah merekah di bawah kaki.

"Combine Dragon!!! Sky fire Dragon!!! "

Kini mata kiri aku berwarna putih manakala mata kanan masih kekal hitam. Aku melompat keatas lalu melibas pedang sambil berpusing 360º.

SLASHHH!!!

GROOO!!!!

5 dari 8 sesungutnya tercabut dek libasan pedang tadi. Aku mendarat dengan sempurna di atasnya menggunakan kuasa angin kegelapan aku.

Pedang Dark Fire hilang lalu diganti dengan gerudi angin bercampur api kegelapan.

"Death! "

Sruppp!!!!

GROOOOWWW!!!!

Daemon itu mengaum kesakitan apabila gerudi itu masuk ke dalam tubuhnya! Darah merecik merata rata, akhirnya Daemon itu mati dengan beberapa organ dalamannya terkeluar dari jasad dan sebahagian tubuhnya rentung. Tragis.

Aku menghembus nafas berat sebelum bangun. Aku mencari sesuatu atau lebih tepat, seseorang.

Peliknya. Tadi aku rasa aku dengar suara seperti budak. Okay Shiro tumpukan perhatian. Aku menutup mata aku lalu cuba mencari aura seseorang walaupun sedikit.

Jumpa!

Terus aku melompat tinggi ke atas sebatang pokok. Aku melihat ke arah selatan dan tepat tekaan aku! Seorang gadis berambut pink berada dalam keadaan tergantung dek kerana Daemon jenis pokok melilit pergelangan kakinya.

"Seriuslah pokok? lepas kan aku! Aku nak muntah ni! "

Jeritnya sambil menutup mulut. Selamatlah kau pakai seluar, kalau tak dah lama aku nampak kau punya-

BAMM!!!

"ARGH!! "

"SIAPA TU?! "

Aku menjerit sakit tetapi sempat menyorok sebelum dapat di kesan oleh Daemon tersebut. Siot siapa yang baling batu tajam ni?! Habis berdarah bahu aku.

'Awak jangan nak jadi miang Shiro! '

'E-Emy? '

' Lelaki gatal! Tak tahu malu! Lolicon! '

'W-what? No! Of course not! Aku cakap jelah! And wait, sejak bila kau ada kuasa baca fikiran and telepathy ni? '

'Alverta ajar saya. Sebab dia kata kalau Elemental, memang hampir semua magic kita boleh buat. Tapi itu bukan masalahnya sekarang! Awak tu, jangan nak menggatal kalau tak nak saya bunuh awak!Eiii geramnya! ' suarangnya seperti hendak menangis.

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now