Chapter 25 Memories

4.3K 336 49
                                        

Keadaan di sebuah Arena bising dengan teriakan dan jeritan Daemon! Semua mereka mati di dalam bulatan Magic yang dicipta sang Raja kegelapan sehingga menjadi abu.

Kini pergelangan tangan Raja Naga Syaitan  digenggam kemas oleh Raja Musang Syaitan Sembilan Ekor. Mata mereka merenung satu sama lain.

"Kalau memori hitam yang mengawal kau, aku akan guna memori silam yang indah untuk melawan balik! "

Kata Luke lalu memegang lengan Shiro dengan kedua dua belah tangannya dan..

NGAPP!!!!

Semua disitu tergamam. Ada juga yang ternganga.

Luke mengigit lengan Shiro!
Bukan itu sahaja taringnya juga terbenam dalam tulang lengan Shiro sehingga membuatkan Raja Naga Syaitan  itu mengerang kesakitan.

"Argh!!! Lepaslah Musang Celaka!! "

"Grrr!!! "

Luke tidak mengedahkanya walaupun Shiro menumbuk numbuk kepalanya sehingga cecair merah keluar.

Pergelutan mereka di saksikan oleh Semua Kerabat diraja dan Guardian. Kyo yang baru tersedar akan peluang mereka untuk keluar dari situ, menyuruh semua Guardian membawa kerabat diraja ke tempat yang selamat. Emyriel berlari ke arah Shiro dan Luke sambil berdoa agar sahabat dan cinta hatinya akan selamat.

Shiro yang ingin mengambil tindakkan drastik apabila menyeru pedang api hitam miliknya, terbantut apabila kepalanya tiba tiba sakit.

"AARGHH!!! "

BAMMM!!!!

Badan Luke terhempas pada runtuhan Arena itu apabila Shiro melemparkan dia. Dia mengerang kesakitan sedikit sebelum tersenyum.

'Cepat Shiro kau mesti ingat peristiwa tu' kata nya di dalam hati.

Shiro memegang kepalanya sambil melutut. Memori semasa dia bersama Luke di rumah anak yatim, berlayar di dalam mindanya.

***

"Hey jadilah kawan aku! "
Kata Luke yang umurnya sudah berginjak 8 tahun.

"Apa kau nak hah? Tak letih ke ulang ayat yang sama! Berapa kali aku cakap, aku tak nak berkawan dengan sesiapalah! " marah Shiro yang juga berumur 8 tahun.

"Apa masalah kau? Kau tak nak kawan dengan kitorang kenapa? Adik kau Lucia tu okay je aku tengok. Tapi kau! Nak alone je! Sedih betul lah kau ni! Aku tak kira, kau kena kawan dengan aku kalau tak—"

"Kalau tak apa? Kau ingat aku takut ke hah, Babun! "

Ternganga mulut Luke apabila dipanggil Babun. Dia mula menyirap.

"Kalau tak, aku gigit kau orang tua! "

"Heh, kau ingat aku takut? Gigitlah! Gigit kalau kau berani! "

"Grrr... kau jangan cabar aku! Kalau aku gigit kau, kau kena kawan dengan aku! "

"Whatever, dari layan kau baik aku masuk dorm tidur. "

Sebelum sempat Shiro melangkah pergi, pergelangan tanganya di rentap dan...

Di gigit.

GAAPPP!!!

"AARHHGG!!!! SAKITLAH LAHANAT!!!! "

"GRRR!! "

Shiro dan Luke bergelut antara satu sama lain sehinggalah guru Rumah Anak Yatim itu sampai dan melihat mereka bergelut.

Akhirnya mereka berdua dimarahi. Tangan Shiro pula berbekas dengan gigitan Luke. Biru habis tangannya.

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang