Chapter 9 Dragon Symbol

5.4K 398 57
                                    


Seorang gadis, berbaju sekolah Aurora high school, berdiri di depan sebuah pintu bilik hospital yang tertulis nombor '105 G'.

Wajahnya putih, ditambah pula dengan iris mata yang berwarna merah seakan darah, menambahkan pagi kejelitaan si gadis.

Dia menarik nafas lama kemudian menghembusnya perlahan. Rambut hitam yang panjang sehingga paras pinggang, beralun apabila gadis itu mula melangkah masuk. Dia menghadiahkan senyuman pada dua figura yang telah terlantar dikatil mereka selama 2 hari ini.

"Selamat pagi Luke, Shiro! "

"Selamat pagi. Kau buat apa dekat sini? " soal Shiro.

"Laa... nak lawat awak berdua lah. Kenapa? tak boleh ke? " Kata Emyriel pura-pura sedih. Luke mula cemas manakala Shiro pula hanya menguap.

"Ermm... bukan macam tu... cuma.. "

"Bukan ke kau kena ada dekat sekolah..? " kata Shiro malas sambil menggosok matanya. Emyriel hanya merenung Shiro tanpa sedar.

'Damn. Really want him be mine. Wait, what?! '

Emyriel mula menampar pelahan pipinya yang merah. Shiro hanya pandangnya pelik. Luke yang perasan akan hal itu tersengih lalu turun dari katilnya dan mengambil kerusi untuk duduk ditepi katil Shiro.

"Saya dah mintak dekat cikgu dah. Ermm.. Luke awak tak apa ke, tak duduk atas katil? "

"It's okey lah. Lagipun saya dah sembuh. Mungkin esok lusa dah boleh, discharge. "

Emyriel hanya mengangguk lalu mengambil kerusi dan duduk disebelah kanan Shiro. Ketiga tiga mereka senyap. Tidak tahu apa yang hendak dicakapkan.

"Erm.. Shiro, Luke saya nak cakap sesuatu... saya sebenarnya.. ermm" Emyriel masih teragak agak untuk menghabiskan kata-katanya. Luke hanya pandangnya pelik tapi tidak bagi Shiro.

"Sebenar saya... "

"Seorang Guardian? " sambung Shiro.

Emyriel tergamam.

"Macam mana awak-"

"Tahu? Maaf lah sebenarnya aku terbaca fikiran kau tadi. Yes, aku agak terkejut. Tapi aku nak dengar dari kau sendiri. " kata Shiro tenang sambil menyandarkan badannya pada kepala katil.

Emyriel menggenggam tangannya. Dia menggigit bibir bawahnya. Takut untuk melihat Luke dan Shiro. Dia rasa bersalah kerana tak bagi tahu perkara sebenar dan takut kalau mereka salah faham tentang dia.

"Emyriel Celeste. " panggil Luke dingin. Matanya telah ditutupi oleh rambut depannya.

"Betul ke apa yang Shiro cakap? " soalnya.
Emyriel hanya mengangguk perlahan.
Shiro mengira didalam hati.

'1'

"Emy.. "

'2'

"Awak... "

'3'

"Memang Super Gempak!!! " kata Luke sambil melompat seperti kanak-kanak.

"Huh? " Emyriel agak terkejut dengan perubahan emosi Luke. Dia ni marah ke happy?

"Kau tak payah risau. Kami tak kisah pun kau tak bagi tahu tentang identiti kau yang sebenarnya. Kau silap kalau kau fikir kami marah tapi sebaliknya kau tengok lah mamat Biul tu... " kata Shiro sambil memuncungkan bibirnya lalu ditujukan pada Luke yang sedang berlari dalam bulatan.

"Hey siapa kau panggil mamat biul hah?!"

"Dasar Tak sedar diri. Kau lah siapa lagi? "

"Eii... dia kutuk kita. Tak pe tak pe kalau kita Biul dia babun! "

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now