Yurei berdiri di luar istananya. Mantel hitamnya beralun mengikut angin. Senyuman disebalik topengnya terukir lebar.
"Dah tiba masanya. "
Angin tiba-tiba sahaja berubah kencang. Yerei mendongak keatas dan tersenyum sinis. Dia melangkah kebelakang beberapa tapak lalu melompat naik keatas Kurayami yang terbang diudara itu. Naga kegelapan itu mengaum sekuat hati sehingga dapat dirasaai dimedan peperangan.
Shiro yang menutup matanya kembali dibuka. Mukanya kini berubah serius dan mata merahnya menyala garang. Emyriel yang mencempung tubuh Fuyu menghampiri Shiro . Jelas kerisauan di wajahnya.
"Shiro. "
"Bawak Fuyu ke tempat selamat. Arahkan semua tentera kita yang masih selamat keluar daripada medan peperangan. Tuanku raja juga. Yang tinggal hanya para guardian lelaki yang masih boleh bertarung sahaja. "
"Tapi kenapa? "
Soalan seperti tidak puas hati itu membuatkan Shiro tersenyum kelat. Bahu Emyriel diusap.
"Aku tak nak ada lagi yang mati. Cukuplah."
"Shiro.. "
"Tolong Emy. "
Dahinya direhatkan dibahu gadis itu. Emyriel tersentak dengan kelakuan Shiro. Kepala dianggukan juga lalu dia terbang kebawah. Sempat dia mengerling Shiro yang tersenyum kelat.
Sebaik sahaja kelibat Emyriel hilang, Shiro terbang ke bawah dan menghampiri susuk tubuh Luke yang kaku disebelah Katsu. Mata dipejam mencari kekuatan. Setapak demi setapak dia menghampiri. Sebaik sahaja berada betul-betul di sebelah tubuh Katsu, Shiro membuat sebuah bebola yang bercahaya kehitaman. Bebola itu dibawa ke jantung Katsu. Degupan jantung Katsu yang lemah, sedikit sebanyak kembali berdegup. Darah yang keluar daripada lengan lelaki itu juga sudah berhenti. Luke yang melihat hanya berdiam diri.
"Aku gunakan kuasa yang sama masa nak selamatkan kau dulu, pada Katsu. Aku harap kau tak cemburulah. "
Luke sekadar senyum kelat sebelum menumbuk lembut bahu Shiro.
"You idiot. Buat apa aku nak cemburu? Aku bersyukur sebab Katsu masih ada peluang untuk hidup. Thanks buddy. " ujar Luke.
"Nahh. Aku cuma tak nak mainan aku mati. Tak puas duh nak belasah mamat ni. " ujar Shiro mendapat tamparan daripada Luke.
"Kepala hotak kau mainan! Memang syaitan betul lah kau ni! "Ujar Luke dengan riak muka bengang. Shiro pula pandang dia dengan muka bosan.
"Aku Raja kegelapan dan juga Raja Naga Syaitan. Dua-dua gelaran raja jahat. So apa yang kau harapkan daripada aku? Jadi baik? As if! "
"Gelaran aje kut! Aku Raja Musang Syaitan baik aje. "
"Raja baik tak akan ngaku dia baiklah! Lagi satu kau tu Raja kepada segala kesengalan! Sengal pastu biul lagi! Huh, Dasar sengal tak sedar diri! "
"Mengata aku, kau tu pulak Raja segala kehodohan! Perangai hodoh, muka lagi hodoh! Dasar hodoh segala hodoh! "
"Hah?! Kau memang nak kena kan?! Dasar musang hilang akal! "
"Kau yang mula dulu tanduk kerbau! Membuang pun merata! Pengotor! "
Sudahnya Katsu elok terabai dan dua ekor tu pulak bergaduh. Jadi betulah, serius dan 2 ketul ni tak boleh langsung nak bersama. Tepuk dahi. Urat merah di dahi Katsu juga timbul.
KETUK!
TUK!
"ARRGHH!! "
"Diamlah gila! Orang nak bersemadi pun tak aman tahu tak? "
ANDA SEDANG MEMBACA
ELEMENTAL KEGELAPAN [C]
FantasyAccept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius Di Dunia Angkasia Manusia mampu mengunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Banyak hidupan yang ting...
![ELEMENTAL KEGELAPAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/117822896-64-k636442.jpg)