Nafas mereka turun naik begitu juga musuh di hadapan mereka yang kelihatan seperti patung.
Katsu dan Anne masing-masing tercedera teruk dek kerana serangan bertali arus daripada Mira dan Mikaela!
"What we gonna do now, Kat? They're so strong! "
"I don't know Anne. Mereka tak terasa sakit mahupun mengerang apabila kita cederakan mereka! "
Anne memandang Mira sayu. Dia tahu Mira dan Mikaela di kawal. Buktinya air mata Mira pernah mengalir apabila gadis itu mencederakan Anne. Begitu juga Mikaela. Katsu mengetap gigi.
'Apa yang kami patut buat? Kalau terus macam ni, kemungkinan tak akan ada satu nyawa pun yang selamat! '
Katsu melihat ke arah Anne sebelum pandangannya jatuh ke arah Mikaela dan Mira semula. Nafas di tarik.
"Lari Anne.. "
"Huh? "
"Cari tempat selamat. Aku tak nak kau-"
"No! Tak nak! kau dah janji yang kau akan benarkan aku boleh turut serta dalam-"
"Bukan ini yang aku janjikan! "
Tengkingan Katsu membuatkan Anne terdiam. Air mata mula bergenang.
"Maaf Anne, aku tak nak kau mati. Aku masih ada banyak benda nak cakap dan buat dengan kau. Jadi tolong.. tolong selamat kan diri. "
"Maksudnya.. aku akan tinggalkan kau.. " ujar Anne sayu. Katsu tersenyum sebelum mengucup lembut dahi Anne. Rambut Anne di belai sayang.
"Jangan risaukan aku. Ayahanda dah siapkan tentera untuk bertempur.. cumanya.. aku tak tahu kalau mereka sempat sampai ke sini... jadi Anne.. tolong bantu tentera datang ke sini tanpa masalah.. "
Ujar Katsu. Armor Bayang mula tersarung kembali. Senyuman terakhir di hadiahkan kepada Anne, Sebelum menolak gadis itu kebelakang. Mata Anne membulat apabila Katsu berbuat begitu. Masa seakan bergerak perlahan. Katsu mula membelakangi dirinya tetapi Anne sempat menangkap beberapa butir bicara Katsu.
"I love you Anne. But sorry.. i don't know if you can love me after this... if i still alive.. then.. be with me forever. If not...forget everything about me. "
"KATSU! "
BAMMMMMMM!!!
Serangan berganda dari Mikaela dan Mira menghasilkan kepulan asap bersama tiupan angin yang kuat! Anne tercampak beberapa depa ke belakang. Dia cuba berdiri kembali. Setelah itu, dia ingin membantu Katsu tatapi terhantuk sesuatu.
"Apa ni? Kejap.. dinding penghalang?! Katsu apa yang kau fikir?! Hapuskan dinding ni! Aku nak lawan bersama kau! Katsu! "
Jerit Anne kerisauan bersama ketakutan. Takut akan kehilangan Putera itu. Katsu yang cedera teruk akibat serangan tadi, tidak mengedahkan Anne. Semakin sakit hati Anne melihat keadaan Katsu. Lututnya kian lemah. Anne melutut bersama linangan air mata yang tidak henti keluar.
"Please... Katsu.. "
"PERGI ANNE! "
Arah Katsu lebih tegas. Anne mengetap gigi lalu bangkit . Linangan air mata masih menghujani mukanya. Tangan digenggam erat. Nafas di tarik.
"I LOVE YOU TOO, STUPID KATSU! KAU JANGAN MATI SELAGI AKU TAK SAMPAI,KALAU TAK AKU YANG BUNUH KAU!! "
Ujar Anne lalu berlari meningalkan Katsu. Abnormal Daemon dan Forgetter Demon di bunuh apabila mereka menghalang laluanya. Katsu tersenyum melihat Anne yang semakin hilang dari pandangan.
'Sorry Anne...but.. if i not do this..both of us gonna death...'
"Jika diberi peluang..aku mahu bersama dia lagi.. "
![](https://img.wattpad.com/cover/117822896-288-k919176.jpg)
YOU ARE READING
ELEMENTAL KEGELAPAN [C]
FantasíaAccept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius Di Dunia Angkasia Manusia mampu mengunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Banyak hidupan yang ting...