*pasang music diatas*
Dua hari selepas tamatnya peperangan dunia. Para tentera bersorak tak terhingga apabila melihat kepulangan para Guardians. Raja-raja juga bersyukur dengan kemenangan yang mereka miliki. Dengan besar hati, kesemua kerajaan kecil di Grandiflora mengadakan pesta selama dua bulan. Riuh rendah setiap kerajaan yang ceria menyambut dua bulan tersebut.
Pada masa yang sama, di hospital Aires masih ada segelintir askar dan para Guardian yang dirawat.
"AUWWW!!! "
"Ish! Janganlah gerak! Tangan kau tu luka teruk kut! " marah Akari yang daripada tadi membalut dan merawat luka Lance. Tak duduk diam betul! Kejap nak air lah, nak ke tadas lah, itulah inilah! Ish! Pening betul!
"Ini calar ajelah. " balas Lance.
"Calar lah sangat! " marah Akari seraya membalut lembut tangan Lance. Lance sekadar senyum gembira.
"Papa! " terus pandangan mereka tertala pada Aki yang kini terkedek-kedek lari kearah mereka.
"Aki anak papa! Sini,duduk sebelah papa. "
Aki senyum ceria. Sedaya upaya dia cuba naik keatas katil tapi gagal. Mata dibulatkan bersama mulut yang tercebik-cebik.
"Mama.. tak lepas... "
Akari ketawa kecil melihat Aki yang mendepakan tangannya. Nak mintak angkat!
"Meh sini mama tolong. Tapi jangan kasar sangat dengan papa tau? Dia sakit lagi ni. "
"Okey! "
Terus Akari mengangkat anak kecil itu disebelah Lance. Aki yang teruja terus memeluk lelaki itu.
"Rindu papa! Muah! " satu kucupan hangat dihadiahkan dipipi Lance. Haha cutenya! Akari tersengih melihat Lance yang dah peluk Aki ketat-ketat! Huwarhh!!
Love you baby boy!!
***
Dibilik sebelah pula.
"NOOOOO!!!! "
"LUCAS!!! JANGANLAH LARI!! CUCUK AJE KOT!! "
"TAK NAK! AKU BENCI BENDA TU!! "
Lucas yang berwajah pucat sedaya upaya lari daripada Lucia. Lucia pula dah bengang habis dengan kembar dia ni..
Ingat dah 16 tahun tak takut jarum tapi still takut rupanya!
"Lucas, kau kena cucuk. Ini ubat kut! "
"Badan aku boleh sembuh sendiri. Tak payah cucuk! Lagi satu, kau tak nampak ke benda tu mampu membunuh?!" bidas Lucas yang kini eloh memanjat dinding. Takut weh!!
"Kepala hotak kau! Haishh! Kau dengan abang sama ajelah! Penakut !Jarum aje kut? Yang kau lawan sana sini, tikam itu ini tak takut pulak? " bidas Lucia garang.
"Jarum lain, pedang lain. Tak nak! "
"LUCAS RYUZAKI!!"
"NO! TAK NAK! LUCIA BONGOK!!"
"HUH?!!"
Kalau sesiapa yang tengok ni, mesti tak boleh percaya yang ini Silent si Guardian terkuat tu.
"Jangan nak gedik! Sini! " dengan lajunya Lucia menerpa kearah Lucas yang masih melekat di dinding. Lucas mula gelabah.
"Lucia.. "
Pintu bilik dibuka oleh seorang gadis berambut hijau. Suara yang lembut itu menyapa mereka berdua. Dek kerana takut yang amat, terus Lucas melompat dan memecut kearah pintu itu! Lucia membulat mata.
ANDA SEDANG MEMBACA
ELEMENTAL KEGELAPAN [C]
FantasiaAccept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius Di Dunia Angkasia Manusia mampu mengunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Banyak hidupan yang ting...
![ELEMENTAL KEGELAPAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/117822896-64-k636442.jpg)