"Ja-jangan kau dekat! "
Jerit seorang wanita yang memakai blouse ketat berwarna merah sehingga menampakkan buah dadanya. Rambut perangnya juga kelihatan serabai benar. Badan dikesot kebelakang bersama linangan air mata. Seorang lelaki bertopeng datang menghampiri dengan sebilah kapak yang berlumuran darah.
"Aku mahukan sesuatu daripada kau, dan mungkin aku akan lepaskan kau hehehe... "
"A-apa.. ya-yang kau na-nak? "
Lelali itu tersenyum gembira. Dia menghapiri wanita itu. Kepala wanita itu diusap penuh sayang.
"Nyawa kau! "
Kepala wanita itu dicengkam kuat! Kapak diangkat tinggi! Wanita itu menjerit dan menjerit! Tangan kecilnya sedaya upaya meleraikan pengangan lelaki itu tetapi hampa!
"WELCOME TO HELL!! "
SSSPPPRAAANGGG!!
"BOOO! "
"ARRGHHHHHHH!!!!!!! "
Hampir begegar bilik tayangan Aureum Academy dek jeritan para pelajar yang menonton tayangan Thriller Love. Leon Fuller iaitu salah seorang guru yang berada berhampiran, bergegas ke bilik itu. Apabila sampai, Hampir jatuh rahangnya melihat 2 susuk tubuh yang elok ketawa dihadapan skrin tayangan itu. Pelajar didalam bilik itu pula kebanyakkannya mula menangis. Baru 14 tahun kan..
"Hahaha.. penakutlah! Tadi nak tengok sangat! " ujar seorang lelaki berambut merah darah dan bermata ungu anggur.
"Tah! Cengeng! Hahaha.. " sambung remaja lelaki berambut hitam pekat. Mata hijau daunnya berair dek ketawa.
Guru berambut hitam itu menjongket-jongket keningnya bersama urat merah yang timbul diatas kepala. Mata hitamnya bersinar dengan amarah. Tak jauh daripadanya, seorang remaja lelaki berambut putih salji mengeluh. Irismatanya yang berwarna biru laut. Mata dikatup rapat. Kedua belah telinga ditutup dengan tangan kiri dan kanan.
"Nasib kau lah bang.. " keluhnya.
"ERYL RYUZAKI!! MIRAI DRAGLIGHT!!! "
Terus mati ketawa dua remaja itu. Eryl Ryuzaki dan Mirai Draglight teguk liur melihat wajah Leon yang menyinga. Seperti ada mentol dikepala, Eryl tersengih sendiri.
"Terima kasih Mirai sebab jadi partner in crime aku..."
Mirai pula terkebil-kebil. Tak sempatpun dia kata apa-apa, berdesup Eryl melarikan diri menggunakan pintu dibelakangnya!
"MAAAFF!! TAPI AKU SAYANG KAU!! "
Membutang mata Mirai apabila ditinggalkan keseorangan! Kuaja punya kawan! Baru kakinya ingin diayun untuk lari, lelaki berambut merah itu teguk liur apabila badanya tiba-tiba dililit dengan bayang-bayang. Dia tersengih kelat kearah Leon yang dah macam Hulk.
"Memang bagus betul sayang kau ya?" bisiknya.
***
Nafas Eryl mengah. Lari punya fasal. Hahaha.. maaflah Mirai, akan ku kenang jasamu walapun tak lah berjasa mana!
Apabila nafasnya kembali seperti sedia kala, badan diregangkan. Tak lama kemudian dia duduk bersila diatas rumput yang menghijau. Didepannya tumbuh satu anak bunga 5 kelopak berwarna merah. Eryl buat muka sedih lalu menepuk tanganya sebanyak dua kali.
"Aku harap kau bersemadi dengan aman duhai kekasih gelap aku, Mirai Draglight. Huhu.. "
KUKK!!
"Arrghh!!! "
"Kepala hotak kau kekasih gelap! Aku lelakilah gila! "
Hampir tercekik Eryl apabila Mirai elok berada dibelakangnya sambil memegang sebilah pedang. Muka pulak jangan tanyalah, seram gila! Tangan Eryl naik menutup mulut.
ANDA SEDANG MEMBACA
ELEMENTAL KEGELAPAN [C]
FantastikAccept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius Di Dunia Angkasia Manusia mampu mengunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Banyak hidupan yang ting...
![ELEMENTAL KEGELAPAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/117822896-64-k636442.jpg)