(CHAPTER KALI NI ANGGAP JE SEKOLAH MEREKA NI DEKAT MALAYSIA . JANGAN RISAU NI TAK TERMASUK DALAM STORY LINE YANG SEBENAR JUST NK SERONOK SERONOK.)
"Wey! Letak barang tu kat sini! "
"Tepi tepi aku nak angkat benda ni! "
"Ketua kelas (KK) nak letak mana ni? "
"Letak dekat sudut tu! "
Keriuhan yang datang daripada kelas 5 Mutiara boleh didengari dengan jelas. Para pelajar didalam kelas itu semuanya berkerjasama untuk menghias kelas yang akan menjadi sebuah Cafe seperti yang dirancang 2 hari lepas.
Flash back
2 hari yg lepas.
"Baiklah, kamu semua lagi 4 hari kita akan menyambut hari kebangsaan atau kemerdekaan yang ke-60, jadi sekolah kita akan mengadakan Hari Terbuka atau festival semperna hari tersebut. Setiap kelas Haruslah membuat aktiviti yang boleh diikuti oleh orang ramai tidak kira umur mahupun bangsa. Jadi cikgu nak berbicang dengan kamu semua apa yang kelas kita nak buat. " terang cikgu Leon panjang lebar. Semua Murid murid mengangguk secara serentak.
"Kamu ni faham ke tak apa yang cikgu cakap? "Soal cikgu Leon agak pasrah.
"Tak, tak langsung. Semua keluar telinga kiri. " jawab mereka serentak sambil tayang muka innocent.
"betuah punya anak murid. Aku smack down seko seko karang.. " gumamnya perlahan.
"Maksud cikgu, kita kena buat aktiviti yang selesa untuk orang ramai sertai. Contoh macam kelas 4 Mutiara mereka membuat pameran tokoh tokoh sejarah. Sekarang dah faham? Kalau tak faham sila pusing padang 5 kali sambil menari gedik. " ujar cikgu Leon kegeraman. Murid murid nya hanya
meng'o' kan sahaja."So kamu nak buat apa?cikgu tak kisah pun apa yang kamu nak buat. " katanya lagi. Seseorang mengangkat tangan untuk memberi cadangan.
"Cikgu apa kata kita buat Cafe? Cafe semua orang boleh datang. Selesa pun selesa. Kita hias kelas kita ni bagi lawa dan kemas. " kata murid itu.
"Yes! Aku pun sokong! Duit pun kita dapat! Wahh!! Kayalah ana! muahahaha. " kata Luke membuatkan rakan sekelasnya tergelak pasrah. Mata duitan betul.
"Betul cikgu, lagi lagi kalau cafe kita tambah drama show tak berbayar dari Luke dan Shiro sah jatuh saham haha! " kata salah seorang rakan mereka.
"Kenapa aku pun terlibat? " kata Shiro malas, yang mana kepala sudah diatas meja. Menguap bukan main! Dah macam badak air dah!
"Bukan korang couple ke? " Akari yang sekelas dengan mereka membalas selamba. Tersedak Luke yang tengah minum air botolnya manakala mata Shiro membulat serta merta.
"The hell?! " ujar Luke dan Shiro serentak."Tu jawab serentak tu, maksudnya korang tahu hati budi masing masing. Lama lama jatuh suka pastu kahwin. Aku dengar orang jawab serentak ni maknanya jodoh. " selamba kk (ketua kelas) menjawab.
"MANA ADA! " Kata Shiro dan Luke serentak.
Kemudian berpaling melihat satu sama lain.
"JANGAN COPY AKU LAH! "
Kata mereka lagi."STOP COPY ME! "
"NO YOU STOP! "
"WHAT THE-"
"Eh Eh dah cukup. Sekejap lagi memang ada yang kahwin pulak. " kata cikgu Leon
"KAMI TAK SUKA SAMA JANTINALAH! " kata mereka serentak lagi.
YOU ARE READING
ELEMENTAL KEGELAPAN [C]
FantasiaAccept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius Di Dunia Angkasia Manusia mampu mengunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Banyak hidupan yang ting...