Chapter 37 Silent Return

4.1K 356 33
                                    

1 jam sebelum letupan

"Ah, Hyden tolong hantarkan surat ni pada budak perempuan yang tinggal dekat tingkat satu . Nombor bilik 001. "

Arah lelaki berambut merah sambil menghulurkan sepucuk surat berwarna putih. Matanya masih tidak lekang dari komputer. Kini hanya Blade dan Hyden sahaja yang berada didalam bilik mesyuarat Guardian. Hyden mengerut dahinya.

"Asal pulak aku yang kena hantar? Kan ada tukang hantar surat-surat kita, bagi dia jelah. "

"Alah... kau hantar jelah. Aku malas nak panggil penghantar kita. Lagi pun aku senior kau. Hormat sikit,"

"Mula dah.. "

Hyden mengeluh lalu mengambil surat itu dari Blade dengan muka tidak puas hati. Blade pula hanya ketawa walaupun tidak memandangnya.

Apabila Hyden ingin melangkah keluar, Blade sempat mengatakan sesuatu kepadanya.

"Silent sudah selesai kan misi dia. "

Pernyataan itu membuatkan Hyden tersentak ,dalam masa yang sama dia menoleh ke arah Blade yang bermuka selamba.

"Serious lah? Kau jangan main-main Blade! Misi dia tu bukan mudah tahu? Musnahkan salah satu tempat pembiakan Abnormal Daemon dalam masa 2 minggu? Itu memang gila. Leon pun ambil masa 2 bulan lebih! "

"Kau nak bukti? "

Soal Blade apabila melihat muka tidak percaya Hyden. Dia menaip sesuatu di atas papan kekunci komputernya lalu dia mengalihkan skrinya ke arah Hyden.

Mata Hyden terbuka luas dan tidak percaya. Mulut dia hampir sahaja ternganga.

Di dalam skrin itu, terselah sebuah hutan yang kini musnah dengan teruk! Bangkai-bangkai Daemon bertaburan di atas tanah. Ada juga beberapa longgokan Abnormal Daemon yang seperti bukit-bukit kecil. Dan salah satu darinya terlihat satu susuk tubuh yang tertutup matanya dengan topeng sambil bersila di atas longgokan itu. Sebilah Pedang hitam yang terukir satu tulisan Emas berehat dia atas kedua dua pehanya.

Topeng yang sentiasa dipakai jelas kelihatan darah-darah Daemon dari pelbagai warna mengikut tahap yang dibunuhnya.

"Misi kau sudah selesai Silent. Bila kau akan laporkan hal ini dan pulang? " soal Blade melalui alat pendengar.

Silent yang dikenali dengan sikap tidak suka berbicara ,hanya mengangkat tiga jarinya melalui screen.

"3 minggu? "

Dia mengeleng.

"3 hari? " kini Hyden pula yang mencuba.

"3 jam? "

Kata Blade dan Hyden serentak. Silent menganggukkan kepalanya sebelum bangun dan melompat turun dari longgokan itu. Dia mendepakan tangan kanannya ke depan lalu keluar satu bulatan magis berwarna hitam ungu. Cahaya terang berderang keluar dari bulatan itu membuatkan Hyden dan Blade menutup mata mereka.

Apabila mereka membuka sahaja mata, terkejut bukan ke palang. Hutan tadi kini sudah tiada! Hutan itu bertukar menjadi padang jarang padang terkukur! Tidak ada satu pun tumbuhan mahupun haiwan disitu!

"Kenapa kau musnahkan hutan tu?! " marah Hyden manakala Blade hanya berdiam diri.

"Bahaya. "

Jawab silent sepatah. Hyden mengerut dahi. Kemudian skrin komputer itu pun menjadi hitam dan di gantikan dengan gambar sebuah peta yang terdapat beberapa bintik hijau di atasnya.

"Ah, kau tak payah lah marah Hyden. Tengok ni... "

Hyden melangkah ke arah Blade lalu di lihatnya skrin komputer tersebut.  Dia tersenyum kelat sebelum menghembuskan nafas berat.

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now