KRAASHHH!!
Jantung berdetak tidak seirama. Nyawanya hampir-hampir sahaja melayang kalau bukan kerana Iroha yang tiba-tiba muncul dibelakangnya lalu menendang dirinya tanpa sebab yang kukuh. Bapak sakit! Dia tendang dekat dada aku duh!
"Heh, ingat aku tak berpeluang untuk jumpa kau budak.. " kata si dia yang menyerang Lance tanpa amaran. Iroha hanya tersengih dalam bentuk darahnya. Serius Creepy.
"Aku pun ingat macam tu. Yelah,kau pun muka katak, mana tahu mati pun mati katak kan? "
Hampir tersembur ketawa Lance tetapi ditahan. Kalau tidak dikenang yang mereka berada di medan peperangan dah lama dia ketawa tak ingat dunia. Tetapi risau jugakalah dia kalau tetiba jadi pelanduk dihimpit gajah. Dahlah Iroha dengan penyerang tu nampak tak sebulu.
"Lance, simpan sikit bodoh kau tu. Kalau namapun musuh, mana nak datangnya sebulu?" Kutuk Spirit Guardian didalamnya, Korin.
"Yelah-yelah, aku tahu aku bodoh. Kau pun janganlah nak bodoh-bodohkan aku. Kau bodohkan aku, kau lagi bodoh. Sebab kau bodoh kan orang bodoh. " bebel Lance tak puas hati. Korin pula buat tak tahu. Dah lali sangat dengan perangai manusia seko ni.
"Hahaha... apa bendalah. Guardian, tapi tak faham situasi! Woi! Baik kau tukar tempat dengan mamat darah ni ajelah! " kutuk Akuma. Lance dah melompong manakala Iroha hanya ketawa pasrah. Habislah..
BBBBAAAMMMM!!
Membutang mata Iroha apabila tubuh Akuma melayang jauh. Lance pula beriak selamba dengan tangan yang berasap.
"Sedap makan buku lima aku? " soalnya. Iroha dah membulat mata dengan cahaya.
"Hebatnya!! "
BBBBBBAAMMMM!!!
Kali ni muncul pula Akuma. Dia juga beriak selamba menumbuk Lance.
"Sedap makan buku lima aku? " ajuk Akuma. Iroha yang tadinya teruja terus berubah durja.
"Tak hebatnya... "
"DIAMLAH! "
Marah Akuma dan Lance serentak. Iroha hanya buat muka. Cakap aje!
"Nampak macam kau tengah berseronok.. "
Pandangan mereka berkalih kepada seorang wanita. Rambut perangnya beralun. Iroha berdiri bersebelahan dengan Lance. Mata mereka tajam memerhati wanita tadi.
"Kau buat apa dekat sini Rossy? " soal Akuma tanpa nada.
"Buat laki. Kau nak? "
Akuma hanya membalas dengan ludahan kesisi. Rossy mencebik apabila Akuma menolaknya mentah-mentah.
"AHAHAHAH kau kena tolak! Hahahaha.. dasar perempuan murahan...! "
Siapa lagi kalau bukan Lance. Siapa aje yang suka tambah minyak pada api? Iroha hanya sengih kelat. Memang serupa dengan abang Luke! Tak faham situasi betul! Dek kerana terlalu geram, Rossy menghunus tombaknya dan direnjam kearah Lance! Lance yang ketawa tak ingat dunia, terkejut apabila tombak itu betul-betul tercacak dihadapanya.
"Tch, sikit lagi nak mampus! "
"Woi! Kau kalau nak baling pun agak-agaklah! Kalau aku mampus, siapa nak jaga wife-to-be aku hah?! " tengking Lance tak puas hati. Iroha memandang blur kearah Lance.
"Bang, kalau dah musuh.. diorang kesah apa tentang kau? Janji mampus. "
"Oouhh.. ha'ah kan? "
"Bodoh tu simpan sikit, Lance. "
Seorang lagi manusia muncul dihadapan mereka. Lance mencebik manakala Iroha memandangnya hairan. Kot yang dipakai lelaki itu berkibaran. Rambut hitamnya berjalur putih sedikit, beralun mengikut tiupan angin.
ANDA SEDANG MEMBACA
ELEMENTAL KEGELAPAN [C]
FantasiAccept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together,but do so with all your heart. By Marcus Aurelius Di Dunia Angkasia Manusia mampu mengunakan kuasa yang ada pada diri mereka. Banyak hidupan yang ting...
![ELEMENTAL KEGELAPAN [C]](https://img.wattpad.com/cover/117822896-64-k636442.jpg)