BAB 4

66.4K 2.8K 224
                                    

             KERETA Har parkir di hadapan pagar rumah sewa milik Nur dengan perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERETA Har parkir di hadapan pagar rumah sewa milik Nur dengan perlahan-lahan.

Suasana sudah sunyi kerana jiran sebelah sudah semestinya sedang diulit mimpi indah.

Nur sempat memalingkan muka kepada Har sebelum menarik picu pintu kereta.

"Aku belum suruh kau keluar lagi." Tegas Har tiba-tiba.

Lelaki itu kelihatan membuka baju kot H&M miliknya lalu diletakkan pada stereng kereta.

Panas dan tidak selesa kerana dari tadi asyik memakai baju tersebut.

Ditambahkan lagi dengan habuan wain dan licour yang diminum di dalam majlis tadi.

"Kenapa kapten? Ada apa-apa ke?"Soal Nur.

Jadi segan pula duduk sangat dekat dengan lelaki ini. Matanya yang sentiasa merenung tajam sentiasa menghambarkan rasa.

Gerak geri pula jadi kekok.

"Kau dah buat kesalahan. " Jawabnya dengan dia. Nur kaku. Ya, dia sedar dia tersilap langkah di dalam majlis tadi.

Terpaksa pula Har menyerahkan kad kreditnya kepada pihak penganjur.

Kereta Rollroyce Phantom yang berharga tujuh ratus ribu juga berbalik kepada nama Har dan namanya.

Sejenis koleksi kereta antik ahli perniagaan ternama Malaysia, Robert Kwok.

"Saya buat apa kapten? Saya minta maaf kalau saya ada salah. Saya betul-betul tak sengaja."Kata Nur dengan rasa bersalah yang sudah merusuh dinding hati.

"Aku tak nak maaf. Aku bencikan perkataan maaf. Sebab perkataan maaf ni sangat murah disebut. " Tutur Har.

"Jadi, awak nak saya buat apa? Kalau awak suruh bayar, saya memang tak ada duit sekarang ni. Banyak sangat ni kapten. Kalau kapten nak tarik balik bidaan tadi, kenapa kapten serahkan kad kredit pula? Saya.. "

"It's okay young lady." Pintas Har.

Kunci kereta Rollroyce Phantom tadi diseluk di dalam poket lalu ditayangkan di hadapan Nur.

Har angkat keningnya. Melihat Nur yang hanya terkebil-kebil, Har tahu Nur sangatlah polos tidak faham akan kehendaknya yang sedang memasang umpan.

"Me entiendes young lady? (Kau faham aku young lady?)"Bisik Har.

Matanya tunak memandang Nur. Jarinya pula semakin nakal menguis anak rambut yang sedang menutupi kening Nur.

✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOKWhere stories live. Discover now