NOVEL DHEO'S karya Anjell diletakkan di atas meja. Sedikitpun isi di dalam novel tersebut tidak menarik perhatiannya kerana memikirkan Har yang tidak balik-balik lagi selepas lelaki itu keluar lagi petang tadi. Katanya ada urusan yang perlu diuruskan.
Kaki dibawa ke balkoni. Matanya ditancapkan ke arah lampu-lampu neon Kota Kuala Lumpur yang bergemerlapan di seluruh bandar.
Nur,aku tak suka kau buat macam ni. Ini privasi. Kau tak boleh buat macam ni.
Nur mengerutkan pelipisnya. Dia seperti dapat merasakan seperti ada sesuatu yang disorokkan Har sekarang ini.
"Kenapa tak tidur lagi?Sekarang ni dah lewat Nur."Tiba-tiba suara garau Har berkumandang di gegendang telinga. Terus kepalanya dikalihkan kebelakang.
Kelihatan Har menuju ke arah sambil membawa sehelai cardigan berwarna peach lantas diselimutkan di tubuh Nur yang kesejukan. Selesai saja memakaikan baju sejuk tersebut pada tubuh Nur,bahu gadis itu dielus-elus lembut.
"Saya nak masuk tidur."Ucap Nur.
Terasa nafas panas lelaki itu mulai menampar-nampar belakang tengkuknya sekarang, Har panggung dagunya pada bahu Nur. Tubuh genit itu dipeluk erat.
"Aku minta maaf pasal hari tu."
"Pasal hari tu?"Nur buat-buat lupa. Lagipula,tiada guna dia hendak meluahkan pekung di dadanya kepada Har. Hubungan mereka masih berdiri di atas kertas kontrak. Privasi itu milik Har. Dia sudah dimaklumkan sejak awal-awal lagi.
"Kau tak ingat lagi ke? Yang kejadian dekat hospital hari tu."
"Tak apalah. Saya sedar diri saya."Ulas Nur. Tangan Har yang masih merayap di bahu segera ditepis. Rasa sebak mulai menghambat dirinya. Selepas menyakitkan hatinya senang-senang saja lelaki itu datang meminta maaf? Ini tidak adil.
"Nur,look. Boleh tak bila aku nak bercakap kau jangan lari macam ni saja?"Pinta Har.
Nur kemam bibirnya. Selimut dihamparkan di atas tilam. Air mata sudahpun bergenang di kolam mata. Dia tidak akan memalingkan mukanya kepada lelaki itu biar macam mana sekalipun lelaki itu mendesak.
"Saya nak tidur. Esok saya ada kelas."Ujar Nur. Mutiara panas dikesat dengan bantal busuknya.
"Nur,pandang aku Nur."Kali ada penegasan pada nada Har. Bagi Har,kelakuan Nur ini amatlah biadab dan tidak menghormati diri dia.
Dengan perlahan-lahan Nur bingkas bangun dari pembaringan. Wajah ditundukkan.
"Pesanan tu dari sepupu aku. Aku tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Hanya sepupu.Umi aku sakit sebab tu aku tergesa-gesa dekat airport tadi. Aku harap kau tak ambil hati dengan apa yang dah berlaku."Terang Har dengan jujur sekali.
Nur mengangguk lemah.
"Saya faham. Saya..saya tak ambil hati pasal hari tu cuma saya tak nak awak terlalu berahsia dengan saya. Saya tak faham. Kadang-kadang awak layan saya baik,tapi bila awak marah dengan saya,awak layan saya buruk. Awak tak nak bercakap dengan saya."Ungkap Nur dengan sedih.
YOU ARE READING
✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOK
Paranormal| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐞𝐱𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞-𝐨𝐟𝐟, 𝐬𝐰𝐚𝐩, 𝐬𝐰𝐢𝐭𝐜𝐡...