BAB 19

36.7K 1.8K 302
                                    

PUSING ke kanan tidak selesa, pusing ke kiri tidak menjadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PUSING ke kanan tidak selesa, pusing ke kiri tidak menjadi. Nur mengalihkan badannya menghadap Har yang sudah lena dibuai mimpi. Jam antik di dinding dikerling. Sudah menunjukkan pukul 12.30 malam.

"Aduh!Macam mana ni?"Bermonolog sendiri Nur. Rasa mengidam nak makan kuda di dalam channel Animal Planet tadi semakin membuak-buak. Air liur ditelan-telan.

Rasa mahu menerkam seekor kuda belang yang sedang berlari-lari dengan riang ria semakin bermain di dalam benak fikiran.

"Har.."Serunya. Bahu si suami digoncang-goncang lembut.

"Hmm?"Sahut Har dengan rasa malas. Bantal peluk ditolak ke tepi dan digantikan dengan tangan Nur.

"Har,bangunlah.."Desak Nur lagi.

Har buka matanya. Bangun terpisat-pisat. Kepala digaru-garu. Muka mengantuk ditayangkan kepada Nur.

"Nak apa?"Tanya Har setelah lima minit untuk menstabilkan kepalanya yang pening kerana mamai.

"Nak makan kuda dalam channel Animal Planet tadi."Ungkap Nur dengan muka tanpa perasaannya.

Har yang mengantuk tadi terus membeliakkan matanya besar-besar. Terus segar-bugar matanya disebabkan permintaan Nur yang tidak masuk akal ini.

"Nak makan kuda dalam channel Animal Planet tadi?"Har ajuk semula kata-kata Nur. Biar betul? Nur mengigaukah?

"Ya. Tangkaplah untuk saya sekarang."Arah Nur.

"Er..macam mana nak tangkap?"Har masih kebingungan sendiri. Wajah Nur yang serius dipandang.

"Awak hidupkan televisyen dulu. Nanti ada iklan tu keluar. Awak tangkaplah kuda tu untuk saya."Ujar Nur.

Har menggaru-garu kepalanya sendiri. Cuba menghadam kata-kata Nur.

"Nur,permintaan kau ni tak logik lah. Macam mana aku nak masukkan diri dalam televisyen tu? Kau ingat ni dunia Doraemon?"Har geleng kepalanya saja. Tubuh direbahkan semula di atas tilam. Mata ditutup semula.

"Har,saya nak makan kuda tu.."

"Esok sajalah tangkap kuda tu. Aku nak tidur."

"Har,awak nak tengok saya mati kempunan ke? Tak apalah. Saya ni tak penting bagi awak."Kata Nur dengan sebak. Tersebek-sebek mulutnya hendak menangis. Kecewa sangat dengan kelakuan Har. Air mata diusap. Har dibelakangi.

"Tak baik tidur belakangkan suami."Tegur Har.

Nur mendiamkan diri. Malas hendak mengendahkan teguran lelaki itu.

"Masalahnya sekarang,aku masih tak faham apa yang kau minta dekat aku tadi. Boleh tak kau jelaskan benda yang logik? Macam mana aku nak masuk dalam televisyen tu?"Har muncungkan bibir ke arah sebuah televisyen nipis 65 inci berhadapan dengan katil tidur.

✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOKWhere stories live. Discover now