PERJALANAN selama 13 jam ke Lapangan Terbang Heathrow London dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sangat memenatkan Nur. Belakang, punggung, kepala semuanya terasa lenguh dan sakit.
Sampai saja di hotel Trister Park Grand London badan terus dihempaskan di atas tilam empuk di dalam hotel mewah ini.
"Kau boleh pakai simkad ni time kau nak contact aku. Simkad ni kau boleh guna seluruh Europe." Har hulur simkad EE kepada Nur.
"Terima kasih." Nur terus menyambut simkad tersebut. Selepas simkad bertukar tangan, barulah Har melabuhkan punggung di sebelah Nur.
"Awak ada masalah? Saya tengok dari tadi awak senyap selepas awak cakap dengan seseorang dalam phone tadi."
Nur menghala satu pandangan tunak kepada jejaka di sebelahnya itu. Raut wajah Har nampak kosong dan seperti letih seperti ada sesuatu yang tidak kena.
"Nothing. I'm just tired. Aku tak cakap dengan sesiapa. Yang call tadi Doktor Thomas. Dia suruh kita jumpa dia esok."Sela Har. Ya, fikirannya masih kacau dengan ayat-ayat Umi Haira sebentar tadi.
"Awak pasti awak tak tipu saya? Sebab, pelik juga kalau awak dah bercakap dengan Doktor Thomas awak terus diam-diam saja dari tadi."Nur masih tidak mengalah mahu mengorek.
"Nur Qaseh.. " Tekan Har supaya Nur menghentikan segala soalannya. Nadanya kian berubah tegas.
"I'll buy something. Aku tahu kau penat. Aku nak kau duduk saja dulu dalam hotel. Kalau ada apa-apa call aku."
"Tapi Har.. " Suara Nur terbantut dan berubah hampa setelah lelaki itu bangkit mengambil long coat Kensington di birai katil.
"Kau nak makan apa? Munchy Grill's Burger? Fries? Or something?" Soal Har sambil mengatur-ngatur bajunya.
"Saya tak lapar. Saya tak nak makan apa-apa." Jawab Nur dengan ringkas. Satu sengihan dipamerkan kepada suaminya yang mulai menayangkan kerutan seribu.
"Kau okey? Aku tahu kau tak okey." Telah Har. Dia sudah tercegat berdiri depan isterinya.
"Saya okey." Jawab Nur. Dia tarik semula pipinya yang sedang dicengkam si suami.
"Kalau kau okey, pandang aku."
"Saya takut. Sebenarnya, saya masih takut nak jumpa doktor tu." Nur akhirnya menyuarakan isi hatinya yang telah lama terpendam sejak tadi.
"Tak apa. Setiap langkah kau, kita akan lalui benda ni sama-sama. No worries.Im always besides you."
Nur mengganggukkan kepalanya dengan lemah. Nafas ditarik sedalam yang mungkin. Ada rasa lega saat-saat tangan Har menyentuh dan mengelus ubun-ubunnya dengan lembut.
YOU ARE READING
✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOK
Paranormal| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐞𝐱𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞-𝐨𝐟𝐟, 𝐬𝐰𝐚𝐩, 𝐬𝐰𝐢𝐭𝐜𝐡...