DIAM TAK DIAM, kandungan Nur pun sudah mencecah angka ke dua bulan. Pejam celik pejam celik waktu yang berlalu semakin tidak terasa.
"Okey tak?"Tanya Har disebelah. Perut Nur dielus-elus.
Nur mengangguk sambil menghamparkan pandangan kosong ke arah seorang doktor berbangsa India yang sedang memeriksa kandungannya menggunakan alat ultrasonografi.
"Kalau kita tengok dekat sini, bentuk janin bayi puan dan kelihatan dan posisi badan dia memang ideal.Normal."Kata doktor di sebelahnya.Satu senyuman diukir kepada Nur.
"Puan boleh dengar degupan jantung dia. Dia macam gembira sangat hari ni.Takpun,dia takut sebab mama dia bawa dia jumpa doktor."
Satu tawa kecil terbit di bibir Nur. Pandai doktor ini bergurau. Denyutan jantung bayi di dalam rahimnya sangat jelas di pendengarannya sekarang ini. Teruja sekali rasa saat mendengar jantung anugerah daripada Allah itu.
"Har.."
"Dekat sini."
Tangan Har dibawa ke perutnya semula.
"Apa awak rasa?"
"Aku tak tahu nak sampaikan rasa tu."Har teruja sekali.
Nur tersenyum kecil.Selepas kejadian Umi Haira menghalau suaminya dari rumah agam tempoh hari, lelaki itu nampak sugul serta banyak termenung tapi hari ini,senyuman itu kembali berseri.
Har meraih tangan Nur lalu dikucupnya dengan rasa teruja yang amat sangat.Terasa dunia ini bagai dia sahaja yang punya.
"Thank you.Aku tak tahu nak cakap apa dan aku tak percaya yang aku dah dengar ni.I'm really speechless right now."Gumam Har lantas mengucup sekali lagi kening isterinya.
"Jangan risau tuan.Baby ni sihat walafiat.Berat dia agak normal.Kalau dah tiga bulan nanti,kemungkinan berat dia boleh naik 23 gram dan panjang dia sekitar 7 sentimeter.Jaga pemakanan puan.Kena banyak ambil makanan berkhasiat sikit."
"Alhamdulilah.Saya selalu paksa wife saya minum susu.Kalau tak minum,hukuman dia berat.Saya akan cium pipi dia kuat-kuat nanti.Kan sayang?"Soal Har.Matanya dikenyitkan kepada Nur.
"Kalau tak minum,Jangan bawa dia masuk kedai Daiso lagi.Yalah,perempuan kan pantang nampak kedai Daiso."Seloroh Doktor Rakesh.
Har meleraikan ketawanya kuat.
"Jadi,kaum perempuan kena dengar arahan suami.Tak baik tak dengar cakap suami.Nanti tak masuk syurga."Doktor Rakesh sekali lagi berseloroh.
Har dan Doktor Rakesh sama-sama meledakkan ketawa semula.Hanya Nur saja yang tersenyum kelat.
"Jangan marah puan.Kami ni memang suka menyakat. Kikiki. Okey,sebelum tu saya nak bagitahu puan dan tuan kena datang balik sini pada tarikh ni.Kita nak tengok lagi perkembangan dia.Masa ni,baru kita dapat tengok apa jantina bayi tuan dengan puan.Excited bukan?"
YOU ARE READING
✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOK
Paranormal| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐞𝐱𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞-𝐨𝐟𝐟, 𝐬𝐰𝐚𝐩, 𝐬𝐰𝐢𝐭𝐜𝐡...