BAB 17

48.2K 2.5K 138
                                    

               SELEPAS menyumbat segala pakaian di dalam beg bagasi, Nur berkira-kira hendak mandi dahulu sebelum Har sampai di rumah dan menyedari akan niatnya sekarang ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

               SELEPAS menyumbat segala pakaian di dalam beg bagasi, Nur berkira-kira hendak mandi dahulu sebelum Har sampai di rumah dan menyedari akan niatnya sekarang ini. Dia harus pergi malam ini,saat ini dan masa ini dari hidup lelaki itu.

Dia kehilangan akal?Har lagi kehilangan akal.

Tuala bersih yang masih tergantung di dalam almari disambar dengan tergesa-gesa.

Saat kakinya hendak melangkah laju menuju ke arah bilik mandi,tiba-tiba namanya diseru dari arah belakang. Perlahan tetapi keras. Tenang tetapi marah.

"Nur!"

Har pergi mendapatkan Nur yang sudahpun berdiri seperti patung cendana. Automatik langkah gadis itu jadi terkunci.

"Saya..saya nak mandi."Ungkap Nur dengan nada perlahan.Tanpa melihat ke arah wajah Har dia tetap teruskan langkah dengan kalut ke dalam bilik air.

Tap!Lengan Nur ditangkap.

"Aku belum habis cakap lagi dengan kau. Apa semua ni?Kau nak pergi mana dengan beg-beg semua ni?"Keras soalan Har.

Mata dicerlung tajam dan dipanah ke seluruh wajah Nur yang terkulat-kulat sendiri.

"Saya..saya nak balik kampung. Saya nak bercuti di kampung."

"Tapi,sekarang bukan masa kau bercuti. Aku dah tengok jadual kuliah kau yang kau beri dekat aku empat hari yang lalu. Kau jangan nak tipu aku. Kau nak pergi mana?"Sekali lagi Har menghinggapkan soalan kepada Nur.

"Saya dah cakap dengan lecturer saya yang saya dah minta cuti untuk beberapa hari. Saya nak berehat. Har,lepaskan tangan saya." Nur melingas. Ditarik kuat lengan kecilnya dari cengkaman Har.

"Kau boleh gunakan alasan itu untuk tipu aku sekarang ni tapi kau tak boleh tipu aku dengan benda ni Nur!"Gertak Har sambil menayangkan pregnancy test ke arah muka Nur.

Nur terpempan.

Terbeliak besar-besar biji matanya. Oleh kerana rasa takut yang amat sangat,dia terus berlari ke arah beg sekolahnya.

Poket-poket yang terdapat pada beg tersebut habis diseluknya dengan tergesa-gesa.

Ya, pregnancy test itu dia yang punya. Alat pengesan kehamilan itu mungkin terjatuh atau mungkin Har sengaja menyelongkar beg dan barang-barang peribadinya.

Tidak. Mati!

"Kau cari apa?Cari benda ni?"

"Itu bukan saya punya!"Sangkal Nur.
Jantung mulai berlari kencang.

Mata Har sudah tajam memandangnya. Panas muka Nur dengan jelingan maut Har.

"Aku jumpa benda ni dalam beg kau. Kau tak boleh tipu aku."Har merentap semula tangannya.

✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOKWhere stories live. Discover now