BAB 28

40.9K 2.1K 319
                                    

         HAR menghentikan keretanya dengan perlahan-lahan di hadapan pagar rumah sewa Nur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         HAR menghentikan keretanya dengan perlahan-lahan di hadapan pagar rumah sewa Nur. Suasana agak sunyi dan gelap. Mungkin jiran-jiran di sebelah rumah sudah hanyut diulit mimpi. Nafas berat dilepaskan. Kemudian, wajahnya ditoleh ke arah Nur yang lagi tidur lena bersandarkan bahunya.

Kening Nur yang sudah bertampal dengan pembalut luka itu disentuh dengan lembut. Wajah lena itu ditatap. Bodohnya dia mengaku diri bencikan isterinya tapi hakikatnya lain yang dirasakan di dalam lubuk hati. Hati Har sakit mengenangkan apa yang telah berlaku. Benarkah isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki yang bernama Helmi itu?

Wajah sembab Nur diperhatikan dengan pelbagai rasa. Har sendiri tidak pasti apa yang telah dirasakannnya.Ya, dia benar-benar merindukan Nur. Nur Qaseh, isterinya yang sah. Pipi mulus itu dielus perlahan dengan menggunakan ibu jarinya dan terus menjalar ke bibir mungil Nur. Tangannya mengusap-ngusap tengkuk Nur di sebalik tudung labuh isterinya sehingga Nur menggerakkan badannya sedikit.

Apabila merasakan pipinya diusap dan segala wajahnya dibelai lembut, Nur sudah tahu mereka sudah sampai ke destinasi. Lelaki itu tidak pernah berubah dalam belaian dan sentuhannya. Dahulu, jika Har balik dari kerja cara itulah yang digunakan oleh lelaki itu untuk membangunkannya jika dia sedang tidur.Har tidak pernah membangunkannya dengan cara biasa melainkan didahului dengan belaian.

"Kita dah sampai ke?" Soal Nur. Dia terpisat-pisat bangun dari tidur.Kepalanya lantas diangkat.Matanya ditenyeh-tenyeh lembut. Matanya lantas melirik ke arah Har yang sudah membuka pintu keretanya. Bibirnya diketap apabila soalannya tadi dibiarkan berlalu seperti angin. Dia akhirnya keluar dari perut kereta lalu membuntuti langkah Har.

Har kelihatan menyeluk sesuatu di dalam poketnya. Segugus kunci dikeluarkan. Nur mula mengerutkan dahinya. Setahu dia, dia tidak pernah memberi kunci rumahnya kepada orang lain kecuali pemilik rumah itu yang sudah semestinya mempunyai kunci pendua. Kenapa lelaki itu juga tiba-tiba ada kunci rumahnya? Ah, jika diperhatikan betul, dia sudah agak Har menyelongkar beg tangannya tadi.

"Awak mesti ambil kunci dari beg saya kan?"

"Salah ke selongkar beg isteri sendiri? Bukan aku curi barang kau pun. Tak terliur aku." Tutur Har seusai sahaja dia membuka pintu pagar. Nur terus mengejar langkahnya.

"Kita tak ambil Hail ke? Awak cakap dengan saya tadi kita nak ambil Hail kan? Kenapa awak bawa saya balik rumah ni? Saya nak Hail. Saya risaukan dia sekarang ni. Entah apa yang umi dan Tasya buat dekat Hail pun saya tak tahu. Kita pergi rumah umi sekarang?" Nur mulai memaut lengan Har.

"Esok. Aku nak kau rehat dulu. Dah lewat ni. " jawab Har dengan mendatar. Gila! Har memang tidak kisah.

"Awak cakap apa ni? Jom, pergi rumah umi. Tolong.. " Nur sudah merayu-rayu semula. Ditarik-tarik kemeja lelaki itu agar Har mengikuti langkahnya. Har menghembuskan nafas berat. Tubuhnya sengaja dikeraskan. Tangannya mula menyeluk kocek seluar khakisnya. Bagaikan mengambil tindakan sambelewa terhadap rayuan isterinya.

✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOKWhere stories live. Discover now