BAB 5

67.4K 3K 269
                                    

          UMI Haira mencicipi air kopi yang baru sahaja diletakkan oleh orang gaji di atas meja tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

UMI Haira mencicipi air kopi yang baru sahaja diletakkan oleh orang gaji di atas meja tadi. Setelah itu, Pandangan dihulur ke arah Datin Faizah yang baru sahaja keluar dari perut kereta mewah Lamborghini Huracan.

Dan,satu senyuman terus dihadiahkan kepada rakan kongsinya itu. Agak lama juga tidak bertemu dengan wanita itu kerana Datin Faizah sedang menguruskan perniagaan di luar negara.

Jadi, masa dan ruang amat terhad untuk mereka bersembang seperti dulu kerana Datin Faizah kadang-kadang sampai sebulan dua juga tidak ada di Malaysia.

"Hai Izah. Tiba-tiba pulak datang tak cakap dengan I?"

"Hai, you sihat Aira? I lama tak datang sini. I sibuk sangat sekarang. Biasalah, lepas meeting dekat Italy bulan lepas I terus pergi China sebab nak uruskan apa yang patut. Ala, saja nak jenguk you."

"Lagipula, dekat sana ada majlis peragaaan dan lelong secara besar-besaran. Rugi pulak you tak datang. So, sendiri you ke dalam rumah ni?" Soal Datin Faizah sebaik saja bersalam dengan Umi Haira.

Pipi Umi Haira dicium tanda kerinduan yang amat sangat dengan sahabatnya ini.

"Semenjak I lama tak jenguk you, you makin lawa pulak." Seloroh Datin Faizah lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Umi Haira.

"I sihat. Ala, you ni. You lagilah lawa. Si suami juga makin sayang. Wanita berjaya pulak tu. Eh, you nak air apa? Nanti I panggil bibik buatkan air untuk you."

"Tak apalah. Terima kasih. I datang ni tak lama Aira. Saja datang sebab nak jenguk you. Mana anak bujang you yang handsome tu? Fly lagi ke bulan ni? Sibuk nampak anak bujang you tu. I lupa pulak nak ucap tahniah dekat dia sebab dah dapat pangkat kapten pada usia muda."

"Macam biasalah, Izah. Anak I fly pergi Thailand minggu ni. Minggu depan baru ada. Hmm, biasalah kan. Orang muda sekarang suka sangat bekerja sampai lupa yang umur mereka tu harus beranak-pinak. Rumah ni kosong juga sekarang ni sebab Tasya pun jarang balik Malaysia. Tak lama lagi graduate lah anak dara I tu."Gumam Umi Haira sehingga membuatkan Datin Faizah ketawa kecil.

"Kalaulah I ni ada anak dara, dah lama I pinang si Har you tu jadi menantu I. Tapi, sayangnya semua anak-anak I lelaki. You sabarlah. Sekejap lagi, dia akan bertemu dengan jodoh dia lah tu. Anak dara you macam mana? Betulkah ke you nak gandingkan dia dengan Har? Tapi, mereka kan sepupu. Tak nak orang lain ke? Mereka tetap serasi jugak I tengok. Kenapa tak cari budak kampung yang solehah? Kalau I, I nak suka tau budak kampung yang solehah pakai tudung ni. Harta tu belakang cerita lah asalkan dia dapat bimbing anak I."Kata Datin Faizah dengan panjang lebar. Mendengar kata-kata Datin Faizah, umi Haira lantas mencebikkan bibirnya.

"You ni.. Macam lah you tak tahu I ni anti sangat dengan perempuan kampung yang tak tahu mana asal usul ni. Kenapa pulak I nak biarkan anak-anak I berkahwin dengan orang-orang kelas rendah macam tu? Kalau berkahwin, cari orang yang sama-sama tinggi taraf. Supaya nanti, hidup anak-anak sama senang."

✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOKWhere stories live. Discover now