JADI kau teruskan cadangan suami kau tu? Kau akan berhenti kuliah?" Jozie pandang muka putih bersih Nur tanpa dihinggapi oleh sebarang jerawat itu.
"Ya"Nur sepatah menukas. Pandangan tetap dihalakan menuju ke arah matahari yang terbenam di barat.
Cahaya kekuningan fajar kelihatan berbalam-balam di permukaan air laut. Rasa tenang dan damai menyapa hati.
Jozie melabuhkan punggung di sebelah Nur.
"Kalau aku teruskan pun tak ada gunanya. Aku kena diturunkan batch sebab aku mengandung. Aku ada akan cuti beranak. Jadi, aku kena ambil jalan yang satu ini. Aku tak ada pilihan lain."Ucap Nur. Perlahan dan redha.
"Nur,kalau itu keputusan kau aku tak dapat halang. Aku sokong semua keputusan kau. Kau jangan risau. Aku baik-baik saja di kolej."
Tubuh Nur dibawa ke dalam pelukan.
"Terima kasih Jozie sebab jadi sahabat yang sudi teman aku bila aku susah dan senang. Aku tak tau macam mana nak berterima kasih dengan kau sekarang ni. Hanya kau saja yang selalu faham aku."
"Nur,kau kawan aku. Aku ada tanggungjawab untuk dengar keluh-kesah kau. Aku minta maaf pasal hari tu. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku minta maaf."
Jozie menitiskan air mata oleh kerana bersalah dan menyesal yang amat sangat kerana meninggalkan Nur di dalam wad tempoh hari.
"Aku yang salah. Aku tak sepatutnya cakap macam tu. Tindakan kau betul. Kau tak salah."Nur menenangkan Jozie. Belakang Jozie diusap-usap dengan lembut.
"Aku tak ambil pun pasal hari tu. Aku hanya emosi dan stress saja. Sekarang ni,aku dah okay."
Jozie mengangguk.Bersyukur kerana Nur tidak mengambil hati peristiwa di hospital beberapa hari yang lalu.
"Jaga diri kau baik-baik. Jadi isteri yang solehah. Kalau kau tak busy dengan rumahtangga kau,kau luangkanlah sikit masa dengan aku."Ujar Jozie dengan penuh rasa sedih sekali.Dakapannya pada tubuh Nur semakin dieratkan.
*****
RINTISAN hujan yang semakin galak memercik ke arah cermin kereta diperhatikan dengan pandangan kosong.
Mereka sama-sama mengunci mulut sejak di dari kolej tadi. Nur pegang erat-erat beg sekolahnya sambil memerhatikan beberapa bangunan kolej yang semakin jauh ditinggalkan oleh kereta Har.
Kemudian,mata diarahkan kepada beberapa orang pelajar-pelajar berjalan beriringan sambil berkongsi payung kerana hujan semakin membasahi bumi.
YOU ARE READING
✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOK
Paranormal| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐞𝐱𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞-𝐨𝐟𝐟, 𝐬𝐰𝐚𝐩, 𝐬𝐰𝐢𝐭𝐜𝐡...