"SELAMAT MALAM" Satu bisikan gemersik di telinga mendorong Nur membuka matanya.
Dalam keadaan samar-samar lampu tidur,dia lihat wajah suaminya yang sedang tersenyum nipis menatap mukanya.
"Bila awak sampai?"Soal Nur.Masih dalam keadaan mamai.Matanya masih layu. Kejap buka kejap pejam.
Terasa tangan Har mengelus pipinya.Berkerenyut kening Nur menerima layanan Har sedemikian rupa.Dia bermimpikah?
Nur bangun lalu melindungi keningnya yang terkena sebuah buku petang tadi.
Buku yang dilemparkan oleh Hatasya tidak sempat dielak. Nasib baik ada pembantu tumah yang baru bekerja di rumah Har sempat meredakan suasana.
"Awak cakap awak akan balik dalam tiga hari.Ni dah satu minggu awak tinggalkan saya."Entah kenapa Nur sebak.Ya,dia cuba kerja suaminya sekarang ini.
"Aku minta maaf sebab tak dapat nak tepati janji aku hari tu.Tiba-tiba jadual ada perubahan sikit."
Nur mengangguk.Dia masih membelakangi suaminya.Nasib baik Har tidak perasan akan benjolan pada keningnya.
"Awak mandilah dulu.Saya mengantuk.Sekarang ni dah pukul 2 pagi.Sejuk pulak nanti."
Har menguntum senyum.Bahu Nur ditarik.Nur mengetap bibirnya.Selepas itu,tangan Har ditolak perlahan dari terus memaut bahunya.
"Ala,aku minta maaf lah princess.Anak papa ni ada rindu papa tak?Meh,papa nak dengar anak papa dalam ni."Har melekapkan telinganya pada perut Nur.
Nur diam.Agak geli juga apabila kumis tipis suaminya terkena kulit perut.Har sengaja menyondol hidungnya ke arah perut Nur.
"Anak papa ni rindu papa.Ibu tak rindu papa ke?papa dah tak tertahan rindu dengan ibu."Kata Har lalu mengekek ketawa.
"Ibu cantik ke?Papa?Ala..papa tak handsome ke?Kenapa ramai orang cakap muka babah ada iras-iras Nick Bateman?"Har membuat lawaknya sendiri di situ manakala Nur hanya tersenyum-senyum sendiri.Hilang segala rasa sedih di dalam hatinya.
"Nur,pandang sini.Cium aku sikit.Ni tak,aku datang terus belakang aku."Ujar Har lalu menarik bahu isterinya.
"Awak belum mandi lagi kan?Mandilah dulu.Takut awak kesejukan pulak nanti."Gumam Nur.Kelihatan Har sudah mengangkat bulu keningnya.
"Ciumlah sikit.Baru semangat nak masuk bilik air ni bebi.Kalau tak,aku geletek kang."Har mencari punat sensitif di pinggang Nur sehingga gadis itu terjerit kegelian.Bahu Har dipukul-pukul membuatkan ketawa Har semakin galak.
Tak disangka,lelaki itu berhentii apabila terpandang akan sesuatu yang tidak kena pada kening Nur.Nampak lebam dan sedikit benjol.
"Tunggu.Kenapa dengan kening kau ni hah?Kenapa boleh lebam sampai macam ni?Kau jatuh ke?"Suara Har berubah rentak.Ada nada risau dan sedikit kasar.
YOU ARE READING
✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOK
Übernatürliches| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐞𝐱𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞-𝐨𝐟𝐟, 𝐬𝐰𝐚𝐩, 𝐬𝐰𝐢𝐭𝐜𝐡...