BAB 7

55.4K 2.7K 248
                                    

          "PERKAHWINAN kita ni hanya berkontrak selama 24 bulan saja bersamaan 2 tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          "PERKAHWINAN kita ni hanya berkontrak selama 24 bulan saja bersamaan 2 tahun.Lepas tu,kau kena serahkan anak tu pada aku sebab aku dah bayar pampasan dengan kau."

"Dan ingat, aku akan bawa peguam kalau kau ingkar segala perjanjian kita." Tegas Har kepada gadis yang sedang duduk menghadapnya kini.

"Saya janji. Saya akan rahsiakan semua ni dari ayah dan mak.Semua ni demi ayah,demi mak dan demi adik-beradik saya yang masih sekolah" Gumam Nur dengan sayu sambil menundukkan kepalanya menekur ke bawah .

Tidak sanggup dia menentang wajah Har yang dingin itu .Lelaki itu keliahatan mula mengukir seulas senyuman senget.

Dia bangkit dari kerusi lalu menekan kedua-dua tangannya di pada bucu meja.Wajahnya Nur didekati.

"Kau jangan cuba pernah jatuh cinta dengan aku sebab aku tak kemaruk dengan budak-budak macam kau."

"Fair and square. Kau jaga hal kau sendiri,aku jaga hal aku.Kita hanya ada hal berkaitan soal kontrak ni saja."

"Jadi,lupakan apa sahaja niat kau yang inginkan perkahwinan kita akan kekal sampai akhir hayat.This is not a fairytale young lady." Tuturnya panjang lebar.

Wajah Nur dipanah tajam dengan mata hazelnya.

"Saya janji yang saya tak akan jatuh cinta dengan kapten ataupun kapten nak ambil anak yang saya tumpangkan dalam perut saya."Perlahan nada Nur.

Lirih dan seakan menahan sebak yang sudahpun menghempap diri.Betapa sesaknya berkorban dalam diam itu belakang cerita.

Bak sebatang lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain.

"Okey.Sebelum hari pernikahan kita berlangsung esok,aku nak kau bagitahu kau akan yang kita akan menjalani IVF di England."

Nur angkat kepalanya sedikit. Wajah berkumis tipis itu dijamah seketika.

"Sebab,minggu depan kau dah mula cuti semester kan? Jadi,jangan terlalu buang masa.Dan,satu lagi aku nak tekankan dekat sini,bila kau balik rumah aku,kau jangan mimpi nak tidur sekatil dengan aku."Tegas Har.

Nur tergamam seketika. Terbuntang luas matanya. Dan, Lelaki itupun mulai mengangkat sebelah keningnya menunggu jawapan daripada Nur.

"Kenapa tak buat dekat Malaysia saja?"

Har melepaskan keluhan.

"Segala pilihan adalah berpihak pada aku.Kau tak baca syarat ke?"

"Ada.Kalau sebulan saya boleh pergi sebab saya cuti semester ni lama sikit.Jadi,saya rasa tak ada masalah.Saya takut kapten nak buat semua ni.Betul ke apa yang kita buat ni?"

"Saya baca dari internet yang IVF ni tak bagus.Banyak kesan." Keluh Nur. Seakan tidak bersetuju dengan tindakan Har itu.

"Aku yakin semua ni berjalan dengan lancar dengan izin Allah."Yakin jawapan Har.

✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOKWhere stories live. Discover now