BAB 27

37.4K 2K 261
                                    

          SEBAIK sahaja kereta Suzuki Swift milik Jozie tersadai di hadapan rumah Umi Haira, pintu kereta lantas dibuka oleh Nur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          SEBAIK sahaja kereta Suzuki Swift milik Jozie tersadai di hadapan rumah Umi Haira, pintu kereta lantas dibuka oleh Nur. Air mata tidak diceritakan. Bercucuran tidak terkawal. Dia bagaikan hilang arah dan punca. Kakinya terus laju berlari menuju ke arah pagar rumah Umi Haira.

Denyutan sakit pada kening langsung tidak dihiraukan. Malah, semakin tidak terasa. Nasib baik Jozie sempat menyedarkannya. Dia berharap semoga masih sempat. Masih sempat mengambil semula anaknya.

"Umi! umi! Buka pagar ni umi! Itu anak saya. Umi tak boleh buat saya macam ni. Umi! Tolong umi.. Umi tak boleh buat saya macam ni.. "

Pagar rumah agam itu digoncang-goncang kasar. Sudah beberapa kali dia memanggil nama Umi Haira namun wanita itu belum juga keluar menunjukkan batang hidungnya. Nur resah. Kepala dililaukan tidak tentu arah. Tidak mungkin Umi Haira tiada di rumah. Masakan keretanya ada tersadai di dalam garaj kereta.

"Umi! Umi! " Panggil Nur. Jozie juga ikut sama melaungkan nama Umi Haira. Nur rasa ingin terjelepok sahaja ketika ini. Dada berdebar. Lutut menggeletar.

"Hail anak saya umi! Walaupun saya hanya ibu tumpang kepada Har, tak semestinya saya tak berhak ke atas anak saya. Ya Allah, Jozie macam mana ni? Anak aku ada dekat dalam. Hail ada dekat dalam. Jozie, dia ambil anak aku. Tolong aku Jozie!" Nur mengongoi menangis. Bahu Jozie digoncang-goncang.

"Nur, sabar Nur! Tenang. Kau tak boleh macam ni. Aku akan tolong kau okey? Aku akan tolong kau.. "

Bahu Nur dipegang. Dia cuba menenangkan Nur yang sudah seperti orang tidak siuman sahaja. Wajahnya memang sudah lencun dengan air mata.

"Umi! Tolong buka pagar ni. Tasya! Awak jangan buat saya macam ni. Itu anak saya Tasya. Saya redha kalau awak nak kahwin dengan Har asalkan awak jangan ambil Hail daripada saya. Saya tak boleh hidup tanpa Hail. Demi Allah!" Jerit Nur. Dan, akhirnya dia terjelepok di hadapan pagar rumah agam itu. Jozie terus mendapatkan Nur. Dipeluk kawannya itu dengan erat.

Pintu utama dikuak. Terjengul wajah Mak Bedah. Selepas itu, Umi Haira keluar. Melihat Nur yang terduduk di hadapan pagar, dahinya terus berkerut seribu. Ditambahkan lagi perempuan itu merayu-rayu seperti orang gila semakin menaikkan kemarahannya.

Langkah laju terus dibawa menghampiri Nur. Nur bangkit. Dia merapatkan kedua-dua belah telapak tangannya ke arah Umi Haira. Semoga Umi Haira akan memahami perasaannya. Semoga masih ada rasa belas kasihan dalam hati Umi Haira.

"Umi, saya datang sini bukan kecohkan rumah umi. Hail anak saya umi. Saya yang telah mengandungkan dia selama sembilan bulan. Dosa umi. Umi jangan pisahkan anak dengan ibu. Saya mohon sangat-sangat dengan umi. Tolong pulangkan balik Hail. Saya tak pernah kacau hidup umi.." Rayu Nur lirih.

Umi Haira menarik nafasnya. Senyuman sumbing terus terukir di bibir. Apa yang Nur mahukan lagi? Perempuan tak sedar diri ini memang sengaja menyakitkan hatinya.

✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOKWhere stories live. Discover now