"PLEASE don't do this to me.. "
Bibir isterinya dicium sekali lagi. Nafas disalurkan ke mulut. Dia dapat merasakan dada Nur mulai bertindak balas. Detak jantung isterinya sangat lemah ketika ini.
Tiba-tiba, tubuh Nur bergerak sedikit. Saat matanya terbuka, Har yang belum lagi menyedari kesedarannya disembur menggunakan air yang keluar dari mulutnya. Lelaki itu terlopong seketika. Terus diusap-usap belakang Nur saat Nur terbatuk-batuk mengeluarkan air di dalam mulutnya.
"Thanks Allah! " Har terus mendakap tubuh Nur dengan kejap. Hampir luluh hati Har. Seluruh badannya terasa kejang dan hampir sejuk ke seluruh badan saat melihat Nur tidak sedarkan diri tadi. Rambut Nur yang lagi basah dielus-elus. Akibat teruja, satu ciuman hinggap di kening isterinya.
"Are you okay?Nur hanya pengsan saja. Abang dah selamatkan Nur. Nur okey? Semua okey kan sayang? Kalau tak okey,abang dah bawa Nur pergi hospital. Orang gaji hampir call ambulan." Nada Har masih dalam keadaan cemas. Dibelek-belek wajah Nur yang masih pucat. Masih lemah.
"Please, jawab abang. Kalau Nur tak okey abang bawa pergi hospital. Nur okey? Hey, I'm talking with you dear.." Har menepuk-nepuk pipi Nur kerana perempuan itu masih dalam keadaan separuh sedar.
"No?"
Nur cuba membuka matanya. Cuba melihat wajah Har. Ya, dia tahu Har panik.
"Har.. "
"Jangan cakap apa-apa.Abang bawa sayang pergi hospital sekarang." Gumam Har. Kaki isterinya diangkat sedikit lantas dicempung.
"Saya tak apa-apa Har. Saya dah okey. " Ujar Nur. Sebak menyerang di dalam lubuk hati. Bahu Har dipaut saat Har mengangkat tubuhnya. Mereka berdua memang sudah lencun.
"Saya okey. Ma.. Mana Hail? Hail okey?" Soal Nur. Yang penting Hail tidak apa-apa. Mata Har yang redup memandangnya ditentang. Tidak pernah dia melihat mata Har seredup itu. Itupun hanya tiga tahun yang lepas. Semuanya berubah saat mereka bertemu kembali.
"Demi Allah, abang risau. Tolong jangan seksa abang macam ni.." Har kian bertegas. Dalam kelembutan suaranya mesti ada ketegasannya.
"Saya tak nak awak panik.. "
"Abang akan mati kalau ada jadi apa-apa dengan isteri abang. " Tutur Har. Seikhlasnya. Apa yang terbuku di dalam hatinya kini. Nah, egonya benar-benar tertunduk saat ini. Jarang sekali melihat lelaki seperti Har mahu menundukkan egonya.
Hatasya masih berdiam melihat adegan itu. Begitu juga dengan Umi Haira. Masing-masing mendiamkan diri melihat Har mencempung tubuh isterinya.
YOU ARE READING
✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOK
Paranormal| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐞𝐱𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞-𝐨𝐟𝐟, 𝐬𝐰𝐚𝐩, 𝐬𝐰𝐢𝐭𝐜𝐡...