DESIR angin malam kedengaran semakin menderu-deru menerpa halwa telinga mendorong Nur menutup pintu balkoni rumah.
Bulan kelihatan sudah diselubungi awan hitam dan bintang-bintang yang mengelilinginya tadi kian pudar kerana rahmat Tuhan berkemungkinan mahu turun dengan lebat.
Mocha Breeve yang sejak tadi tidak disentuh diletakkan perlahan di atas meja kaca. Tiada selera.
Masuk hari ini, sudah satu minggu dia mereput di dalam kondominium mewah milik Har kerana lelaki itu sibuk dengan jadual penerbangan yang semakin padat.
Har sudah awal-awal menghantar pesanan melalui Whatsapps bahawa dia sampai di Kuala Lumpur hari ini. Entah kenapa, Har jadi dingin selepas peristiwa seminggu yang lalu. Malah, Nur juga masih dihantui pelbagai persoalan.
Nafas berat dilepaskan. Mungkin itu hanya segaris parut-parut zaman kanak-kanak Har yang tidak mendengar cakap. Har mesti nakal orangnya. Dia tidak mahu terus-menerus memikirkan tentang lelaki itu.
Kaki diatur ke luar kamar. Selepas itu, mata terus dikalihkan ke arah satu pintu bilik yang masih tertutup rapat. Di sebelah kanan ialah bilik untuk bayi perempuan manakala di sebelah kiri bilik bayi lelaki.
Lelaki itu awal lagi sudah menyediakan kemudahan seperti ini. Risau mencengkam apabila dia tidak dapat memberi semua ini kepada Har nanti malah meninggalkan harapan palsu buat suaminya.
Tombol pintu dipulas. Tidak berkunci.
Selangkah demi selangkah dia menapak. Akhirnya, dia terus mengambil keputusan untuk masuk saja ke dalam bilik comel ini. Har juga sudah beberapa kali mendesak untuk memeriksa apa yang patut di dalam bilik ini. Tiada yang tertinggal. Semuanya lengkap dan sempurna.
Matanya meneliti setiap penjuru bilik itu. Dicat dengan warna putih berdekorasi moden serta dicampurkan lagi denga warna-warna lembut seperti biru laut dan yam purple.
YOU ARE READING
✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOK
Paranormal| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐞𝐱𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞-𝐨𝐟𝐟, 𝐬𝐰𝐚𝐩, 𝐬𝐰𝐢𝐭𝐜𝐡...