BAB 13

55.9K 2.7K 153
                                    

    

       MEREKA berjalan beriringan melewati beberapa kedai cenderahati di kawasan Rusholme

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       MEREKA berjalan beriringan melewati beberapa kedai cenderahati di kawasan Rusholme.

Lengan Har tidak lekang dipaut manja. Nur bagaikan tidak mahu suaminya jauh dengan dirinya sekarang ini.

"Awak nak bawa saya pergi mana? Kita dah jauh dah jalan ni."Rungut Nur. Selepas berjumpa dengan Doktor Thomas tadi, Har beria-ria mengajaknya ke satu tempat.

"Ikut saja."

"Banyaknya restoran halal dekat sini. Saya tak percayalah London banyak orang Muslim."Nur teruja sekali.

Mata diliarkan ke arah beberapa restoran orang Timur dan India atau mamak berjajar di sekitar Rusholme Roads.

Kebanyakan peniaga-peniaga disitu berbangsa Arab,Kurdish dan Afghanistan. Selain Kobeda Palace,restoran halal yang lain juga ada seperti Dubai Cafe,Beilul Lounge,East-African Restaurant dan banyak lagi.

"Tempat ini orang gelar Curry Miles sebab tempat ni banyak orang jual kari. Bermacam-macam kari. Tapi,kalau tak nak makan makanan pedas,boleh pergi ke Turkish Restaurant."

Pekan Rusholme sedikit terpencil dan kebanyakan penduduk disitu ialah pelajar-pelajar yang menuntut di Manchester University. Usai membeli belah,mereka sama-sama melangkah ke arah Fatt Fields Parks yang tidak jauh dari Curry Miles.

"Har?"

"Ya?"

"Saya nak tanya awak sesuatu."Nur pandang suaminya yang sedang mencantumkan kening sendiri.

"Apa dia?"

"Selama 17 hari kita dekat sini awak tak pernah bagitahu saya apa yang Doktor Thomas cakap dekat awak. Lepas balik dari hospital,awak tak beritahu saya apa keputusan awak dengan Doktor Thomas. Awak hanya paksa saya suntik diri saya dengan Gonadotrofin."Nur meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya sejak mereka selesai menjalankan ujian kesuburan, ujian darah dan ujian transvaginal ultrasound beberapa hari yang lalu dengan pihak hospital.

"Kita subur.Tak ada masalah nak buat IVF. We are young."

"Awak pasti?"

"Itu yang Doktor Thomas cakap dekat aku."

"Jadi kita akan teruskan?"

"Ofcourse. Kenapa tiba-tiba nak batalkan?"

"Saya bukan nak membatalkan plan awak. Tapi,saya takut akan terjadi implikasi kepada saya dan awak sendiri."

"Tak ada apa-apalah. Kau jangan risau. Aku dah uruskan betul-betul benda ni dengan Doktor Thomas. Aku harap semuanya akan berjalan dengan lancar."

"Tapi,kalau saya diizinkan boleh mengandung dengan cara ni,awak akan jaga hak saya juga?"

✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOKWhere stories live. Discover now