BAB 6

57K 2.5K 148
                                    

           SEBUAH kereta Lamborghini Avenatador tersadai di halaman rumah Puan Hasnah dan Encik Hasni sedikit mengejutkan Puan Hasnah , Nur dan Qalisha yang baru sahaja keluar dari perut teksi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           SEBUAH kereta Lamborghini Avenatador tersadai di halaman rumah Puan Hasnah dan Encik Hasni sedikit mengejutkan Puan Hasnah , Nur dan Qalisha yang baru sahaja keluar dari perut teksi.

Mereka agak terpinga-pinga setelah melihat seorang jejaka tinggi lampai menyandar selamba pada pintu keretanya umpama sudah menunggu kedatangan mereka.

Senyuman manisnya terus terukir apabila Puan Hasnah mengatur langkah mendekatinya.

"Adeem, kawan Adeem ke?Kenapa tak jemput kawan masuk?"Soal Puan Hasnah ke arah Nadeem yang masih membelek-belek kereta mewah Har sejak tadi.

"Assalamualaikum mak. "

Puan Hasnah melopong seketika. Mak?Puan Hasnah kehairanan. Anak siapa pula yang tiba-tiba tersesat mak dengan ayah ni?

Nur menundukkan kepalanya. Ah, masa ni pulak dia nak datang!

Mukanya kian panas sekarang ini. Qalisha dan Puan Hasnah berpandangan sesama sendiri. Agak kaget.

Tanpa rasa segan,Har terus menyalam tangan Puan Hasnah. Masih dikekalkan riak selambanya.

"Walaikumsalam nak. Anak ni siapa?Cari siapa? Kawan Adeem ke? Er.. Kenapa tak masuk rumah?"

"Bukanlah mak. Kawan along dari Kuala Lumpur. Dia cari along tadi."Jawab Nadeem. Mulut Nadeem tiba-tiba memuncung ke arah Nur yang sedang tertunduk-tunduk di belakang Qalisya.

"Mak,saya kawan Nur. "

Har jeling Nur yang kini sudah menikus di belakang Puan Hasnah. Dia perasan pipi gadis itu kian memerah apabila gelaran 'mak' tadi sengaja ditekankan.

"Nama dia Har mak." Akhirnya, Nur bersuara.

"Kawan kak long ke?Handsome"
Bisik Qalisha ke telinga Nur.

"Ish, engkau ni. Kecik-kecik dah gatal."

"Ala, Qalisya puji pun salah."

"Dahlah. Jangan nak layan sangat dia tu. Kang hidung dia kembang macam orang-orang Jamaica!"Getus Nur lalu melangkah pergi meninggalkan tempat itu.

"Jamaica boleh, Wakanda forever pun boleh." Seloroh Har.

Nur malas hendak melayan. Dia perasan anak mata itu sengaja ditancap padanya. Tidak keruan tingkah Nur dibuatnya.

"Pelawalah dia masuk. Hish! Along ni."Rungut Qalisha. Sendiri punya kawan, sendiri tak pandai layan.

"Sudah-sudah! Jom masuk nak."Pelawa Puan Hasnah. Tidak manis pula orang nampak jika tidak melayan tetamu dengan baik.

✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOKWhere stories live. Discover now