SEJAK TADI tangannya asyik menari ligat menyimpulkan tali leher si suami. Tidak tahu sebab apa hatinya tiba-tiba saja sedih.Dari semalam lagi Nur banyak berdiam.Hari ini,Har meninggalkannya sekali lagi dalam rumah ini.
"Kenapa muka monyok semacam saja hari ni?Ada apa-apa ke?Marah ke?"Har mula membuka satu perbualan.Tapi,Nur tidak menghiraukan soalan yang baru saja dilontarkan oleh Har tadi.Biarlah Har akan berteka-teki sendiri.Har sudah berjanji untuk bercuti bulan ini tapi kenapa masih boleh turun kerja?
"Kenapa tak jawab soalan aku ni?Aku ada buat salah ke?Kalau ada,aku nak tahu apa salah aku dekat kau.Aku tengok muka kau macam orang tak puas hati saja."
Nur malas hendak menjawab.Kemeja putih suaminya dibutangkan satu-persatu.Bau wangi Hugo Boss milik Har semakin menusuk ke dalam rongga hidung.Kemudian,Nur melepaskan satu keluhaan.
"Kenapa ni?"Har masih tidak berpuas hati.Tangan Nur ditangkap dari terus membutangkan baju kemejanya.
"Pandang aku sini."Suara Har sudah ada tegasnya disitu.Anak mata itu terus beradu dengan mata Nur.
"Jangan buat muka macam ni depan aku.Nanti rezeki lari.Padan muka kau."Gumam Har tidak berlapik."
"Tak ada lah.Kalau saya cakap pun,tak guna juga.Sebab saya ni tak ada hak nak mengeluarkan rasa tidak puas hati tu."
"Marah lah tu."Usik Har.
"Ish!Saya tak suka lah macam ni."Nur menyilangkan tangannya.Berkerut-kerut dahinya menentang raut muka Har yang sudah bersedia menjongketkan bulu kening.
"Amboi.Kenapa marah-marah ni?Cakaplah."
"Saya tak suka awak tak selalu lekat dekat rumah.Awak dah janji dengan saya nak cuti bulan ni."Luah Nur.
Har diam lalu tersenyum simpul.Bahu isterinya dipegang lembut.Selepas itu,dagu Nur diangkat perlahan.
"Aik?Ada orang rindu ke nanti?Ada orang nak buat confession ke?"
"Eww!Tolonglah jangan perasan."Nur terus menolak tubuh Har sehingga jejaka itu terlanggar meja tidak jauh dari tempat Har berdiri.
"Ala..tak payahlah nak buat muka macam tu kalau tak puas hati sekalipun.Cuba kau ambil satu kuali dekat dapur sekarang ni.Ha,macam tu lah muka kau sekarang ni."
Nur mengecilkan matanya.
"Tak pasal-pasal saya tampar awak guna kuali hitam pulak!"Tempelak Nur.Pagi-pagi dah menyakitkan hati orang.
"Tak takut..Tamparlah..mesti sedap kena penampar ni."Har mendekatkan mukanya.
"Tampar pakai selipar nak?"Nur sudah mengangkat selipar biliknya.
"Tak nak."
"Ha,kalau tak nak diam saja.Dahlah.Saya nak turun bawah.Siapkan sarapan."Nur malas hendak melayan karenah Har yang tengah mengada-ngada.
YOU ARE READING
✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOK
Paranormal| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐞𝐱𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞-𝐨𝐟𝐟, 𝐬𝐰𝐚𝐩, 𝐬𝐰𝐢𝐭𝐜𝐡...