BUNYI kerincing angin yang menghiasi pintu balkoni itu memaksa diri Nur untuk mencelikkan matanya. Sayup-sayup menyapa ke gegendang telinganya. Langsir putih yang berkibar di penjuru bilik itu diperhatikan dengan padangan kosong. Senyuman hambarnya terukir. Tarikh terakhir dia berada di dalam bilik ini dahulu pun dia tidak tahu.
Dia tidak mahu mengingati semua itu kerana akan mengangkat kembali memori hitam tiga tahun yang lalu. Sangat meninggalkan parut dalam buat diri Nur. Hail yang lagi tertidur di sebelah terus diusap pipinya. Hampir seminggu Nur tidak dapat menyentuh, membelai dan mencium Hail. Itu sudah seperti satu seksaan azab baginya.
Pipi Hail dicium. Selimut yang membaluti tubuh kecil itu diperbetulkan. Nyenyaknya Hail tidur. Habis basah cadar tilam putih itu terkena air liur basinya. Geram Nur melihatnya. Rambut Hail dielus.
"Comelnya baby shark ibu. Wake up baby shark. Lets go hunt.." bisik Nur. Namun Hail hanya menepis tangan Nur yang sedang membelai-belai dirinya.
"Eee. Siapa ajar baby shark malas nak bangun pagi macam ni? Papa shark? Jap, ibu shark nak ngap telinga papa shark. " usik Nur lagi.
"Pengotor lah baby shark. Tahi mata ada. Air liur.. Ish! Pengotor lah. " Nur membersihkan mata Hail. Melihat Hail yang tidak memberi respon, dia tahu anak kecil itu masih mengantuk lagi. Nur menjuntaikan kakinya ke bawah katil.
Kemeja putih kosong milik suaminya dibelek. Nasiblah kemeja itu betul-betul paras pehanya.Jika tidak ,dia terpaksa tidak bangun dari katil seharian.Lagipula, jika diperiksa dia sudah tahu Har melupuskan segala pakaiannya di dalam rumah ini.
Celah kelengkangnya memang terasa kebas ketika ini. Bahagian bawah perutnya ditekan. Ngilu! Giginya diketap. Sampai hati Har. Sudah mendapat apa yang dimilikinya, pagi-pagi lagi sudah tiada di sebelah.
Har sudah melanggar syaratnya sendiri atau Nur sudah menunaikan syarat-syarat Har pun Nur keliru sekarang ini. Langkah dibawa ke arah pintu balkoni yang lagi terbuka dengan luas. Suaminya memang suka tidur dalam keadaan pintu balkoni terngaga. Katanya, angin luar lebih sejuk dari aircond.
YOU ARE READING
✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOK
Paranormal| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐞𝐱𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞-𝐨𝐟𝐟, 𝐬𝐰𝐚𝐩, 𝐬𝐰𝐢𝐭𝐜𝐡...