OMBAK pantai yang sedang menghempas kaki dibiarkan. Memukul-mukul lembut kaki putihnya. Pandangan dihala ke arah beberapa bot nelayan nun jauh disana. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa ke segenap wajahnya. Tenang. Indahnya ciptaan Allah tiada siapa dapat mempertikaikannya.
"Saya dah agak awak dekat sini. Patutlah saya call awak tak angkat." Tiba-tiba satu suara garau menyapa ke gegendang telinga Nur. Wajahnya segera dipalingkan. Kelihatan Helmi melangkah ke arah arahnya.
"Macam awak tahu saya dekat sini?" soal Nur. Dilirik wajah Helmi. Entah kenapa jika melihat Helmi, dia seperti melihat Har. Wajah mereka ada sedikit iras tapi Helmi lebih tenang wajahnya berbanding Har yang suka menayangkan muka ketat. Har berkulit putih kuning langsat Namun Helmi berkulit sawo matang.
Nama juga hampir serupa. Tetapi lain orangnya. Adakah Har dan Helmi ada pertalian darah? Tidak mungkin. Tidak mungkin Puan Rosmaria ibu kandung suaminya. Har juga pernah menjelaskan bahawa ibunya sudah lama meninggal dunia semasa melahirkannya dan itu antara sebab ayahnya membenci Har.
Malah, pernah ditayangkan lagi gambar ibunya. Nur juga masih dirundung rasa pelik sehingga kini. Har ada berwajah inggeris namun jika dilihat dari foto-foto yang telah Har tunjukkan ,ayah dan ibunya berwajah Melayu tulen. Tapi tidak Helmi. Helmi seperti ibunya Eve Rosmary Carter atau nama Islamnya Siti Rosmaria.
Nur tersentak apabila Helmi mengawangkan tangan di hadapannya. Dia segera beristighfar. Lelaki itu mengerutkan dahinya. Dia membelek-belek dirinya sendiri.
"Kenapa awak pandang saya macam tu ? Ada apa-apa yang tak kena ke? Saya nampak handsome ke hari ni?" Soal Helmi. Dia tersengih sendiri. Sengaja menceriakan suasana. Dia tahu Nur sedang dirundung kesedihan jika dilihat pada wajahnya.
"Boleh tak jangan perasan? Simpan sikit perasan tu untuk cucu-cicit awak." Gumam Nur. Kedengaran lelaki itu mengekek ketawa. Helmi memang suka bergurau. Har jauh sekali. Dia terlalu dingin kini.
"Saya tahu dari mak. Dia yang bagitahu awak balik kampung sebab nak jenguk ayah awak. Ingatkan nak bawa Hail jalan-jalan. Tapi, bila mak cakap awak balik kampung , saya terus pergi sini lah. Mana Hail?"
Nur berdiam. Dia melangkah perlahan meninggalkan Helmi. Dia sudah agak Helmi akan mencari Hail. Setiap kali lelaki itu balik dari travelling, perkara pertama yang ditanya ialah tentang Hail. Berita Hail.
"Nur? Saya tanya ni. Mana Hail?" Soalan diulang sekali lagi. Melihat Nur yang sengaja tidak mengendahkan soalannya serta ingin menjauhkan diri, Helmi mulai berasa serba salah. Segera dikejar langkah perempuan itu.
"Kenapa tak jawab soalan saya? Saya ada buat salah dengan awak ke? Okey. Saya minta maaf kalau saya ada buat salah. Saya sibuk semenjak ni. Tak ada masa luangkan masa dengan Hail. Dengan awak. "
"Saya faham awak Helmi. Hail sihat. Dia selamat. Dia tak ada dengan saya. Dia.. Dia dengan suami saya. Awak janganlah cari Hail. Kita bukan sesiapa dimata mereka. " Kata Nur. Air mata cuba ditahan. Setabah-tabah perempuan, dia akan tetap menangis.
YOU ARE READING
✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOK
Siêu nhiên| 2017 | PREVIU 35 BAB PDF | EBOOK ROMANCE 𝐐𝐮𝐢𝐝 𝐩𝐫𝐨 𝐪𝐮𝐨 : 𝐀 𝐟𝐚𝐯𝐨𝐮𝐫 𝐨𝐫 𝐚𝐝𝐯𝐚𝐧𝐭𝐚𝐠𝐞 𝐠𝐫𝐚𝐧𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐫𝐞𝐭𝐮𝐫𝐧 𝐟𝐨𝐫 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠. 𝐋𝐢𝐤𝐞 𝐞𝐱𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞, 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞-𝐨𝐟𝐟, 𝐬𝐰𝐚𝐩, 𝐬𝐰𝐢𝐭𝐜𝐡...