Bab 3

405 31 5
                                    


Tanpa memberitahu Datin Normah dan Dato' Khayruddin, usai menikmati juadah, Hayfa terus keluar dari rumah. Keretanya laju membelah angin. Niatnya mahu ke bandar, release tention katanya. Naik menyampah tengok muka psycho menakutkan tu. Harap muka aje handsome, tapi menakutkan! Dengan hoodie hitamnya, senyuman nakal dia..menggerunkan! Dah iras iras Joker lakonan Jared Letto.

Datin Normah pula macam berminat pula dengan Aydan. Asyik tersenyum sahaja bila bercakap dengan Aydan. Itu takpe lagi, macamlah Hayfa tak perasan Datin Normah mengerling ke arahnya. Siap panggil 'Ayd'. Mentang mentang aku dah putus dengan Syazwan, mama dah nak buat back up plan ke? Harap harap Ilya dengan papa perasan yang si Aydan tu very the scary!

Kereta diberhentikan di hadapan sebuah kedai 7E. Hayfa melangkah keluar daripada kereta dan bergegas menapak masuk ke dalam. Keadaan malam itu sunyi sepi, langsung tiada kenderaan lain berdekatan.

"Nak--"

Hayfa membulatkan mata. Dia melihat tiga orang lelaki bertubuh sasa bertopeng hitam sedang mengacukan pisau ke arah pekerja di kaunter. Belum sempat dia bertindak, mulutnya ditekup dari arah belakang. Dari hujung ekor mata, Hayfa melihat seorang wanita bertopeng berambut coklat sedang menutup mulutnya. Hayfa meronta ronta.

"Jangan..buat bising!" Wanita itu marah apabila Hayfa meronta ronta. Selaras pistol dihalakan tepat ke arah kepala Hayfa yang berbalut tudung. Hayfa serta merta diam. Jantungnya berdegup kencang.

"Cepat!! Keluarkan semua duit!"
Perompak itu mendesak pekerja itu. Pekerja itu terkocoh kocoh mengeluarkan sejumlah wang daripada mesin. Keringat membasahi dahi pekerja itu. Segenap tubuhnya menggigil. 

"Cepat sikit!" Perompak itu menunjal pula kepala pekerja lelaki itu. Pekerja tersebut tidak berkata sepatah pun, hanya membiarkan dirinya diperlakukan sebegitu. Hayfa pula mengkatup matanya. Berharap semua ini akan berakhir secepat mungkin. 

Kting!

Semua pasang mata tertunak pada sebatang tubuh lelaki yang terpacak di muka pintu. Riak wajah lelaki itu kosong, tidak terpalit sebarang reaksi. Langsung tidak panik melihat kejadian rompakan di hadapan mata.

Hayfa membulatkan mata. Aydan!

"Kau-Tunduk! Jangan berani melawan!" Salah seorang perompak menggerakkan pistol ke arah Aydan. Aydan memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.

"Aku nak beli slurpee. "

"Huh? Apa?"

"Slurpee. Tolong." Aydan menjuihkan bibirnya ke arah mesin slurpee yang terletak tak jauh daripada kaunter. Perompak itu berpandangan antara satu sama lain.

"Kau jangan mengarutlah! Kau nak mati awal ke hah?!"

"Tch. Amateur ." Tawa Aydan meletus. Tangannya menggapai sesuatu di dalam poket seluar dan perlahan lahan mengeluarkannya. Pistol hitam berkilat dikeluarkan dan diacukan ke arah perompak tadi.

"Setakat pistol kedai dua ringgit tu, budak tadika pun boleh beli."

"Kau jangan main main! Ini..ini pistol betul!" Perompak itu nampak cemas. Tangannya terketar ketar. Aydan tidak menjawab. Jari telunjuknya menarik picu dan sedas tembakan dilepaskan. Semua perompak menundukkan kepala.
Semua mata memandang ke arah kaca peti sejuk yang pecah berderai.

"Aku nak beli air je, tu pun kau taknak bagi?" Aydan senyum senget. Semua perompak tadi perlahan lahan duduk melutut di lantai, termasuklah perempuan tadi. Hayfa perlahan lahan mengundurkan diri.

"Pergi." Tegas dan dingin nada suara Aydan. Tiada lagi senyuman di wajahnya. Terkocoh kocoh perompak tadi berlari dan keluar daripada kedai itu. Pekerja itu juga nampak cemas dan menyandarkan tubuhnya pada dinding. Terkebil kebil matanya memandang Aydan yang menyimpan pistolnya semula.

Aydan tidak bersuara. Dia bergerak ke arah mesin slurpee dan menyediakan minumannya. Dia pun menuju ke kaunter bersama minumannya.

"Jangan risau. Bukan peluru betul. Gabus je."  Aydan ketawa.
Pekerja itu mungkin masih trauma. Dia takut takut menerima duit yang dihulurkan. Hanya kepalanya yang diangukkan tanda terima kasih.

"En..encik ni polis ke?" Dia menyoal.

"Saya ni nampak macam polis ke?" Aydan menarik senyum.
"By the way, lepasni telefon polis.
Oh, pasal peti ais.."

"Takpe. Saya terhutang budi sebab encik selamatkan saya."
Kata pekerja itu. Aydan menoleh ke arah Hayfa yang masih ketakutan di penjuru bilik.

"Ha, kau. Tak reti nak balik?"

Hayfa tersentak. Aydan terus mengatur langkah keluar dan menuju ke arah motosikalnya. Hayfa mengurut dadanya. Masih tersimpan ketakutan yang begitu menggunung.

*****

"I know who you are. "

Aydan menoleh ke arah Hayfa yang berdiri tegak di sebelahnya dengan muka menyinga. Aydan menurunkan headphone dari telinganya.

"Hah?" Aydan menjongketkan kening.

"Awak jangan ingat saya tak tahu. Awak ni pembunuh kan? Pembunuh bersiri yang tengah rancang nak bunuh keluarga saya!" Tanpa memberi salam terlebih dahulu, Hayfa menghamburkan kata. Jari telunjuknya dihalakan tepat ke arah Aydan.

"Apa faedahnya kalau aku bunuh diorang?" Aydan mengangkat bahu.

Hayfa gigit bawah bibir.

"Awak kata semalam awak ada urusan peribadi..awak maksudkan keluarga saya kan?! Apa awak nak hah? Nakkan harta keluarga saya?" Berombak dada Hayfa mengatur nafas. Mukanya merah padam. Aydan masih beriak selamba. Seolah langsung tidak terkesan dengan tuduhan bertubi tubi dari Hayfa.

"Aku lagi kayalah." Aydan menggariskan senyum. Headphone dipakai semula. "Lagipun, tak baik tau fitnah orang sesuka hati."

Hayfa mencebikkan bibir.

"Saya cakap perkara betul, kan? Itu yang awak fikirkan sekarang, betul tak?" Hujung bibir menyenget. Sinis senyuman Hayfa dilontarkan pada Aydan.

"Oh, asal pendiam sikit orang jahat la? Kau ni, kena kurangkan tengok drama klise kat TV." Sindir Aydan. Hayfa merenung Aydan tajam.

"Ee! Bencilah psycho macam awak! Stay away from my family, dasar lelaki menakutkan!" Hayfa berura ura mahu beredar.

"If I were you, I'll look for your father. " Aydan tiba tiba bersuara tanpa memandang Hayfa.  Hayfa memalingkan mukanya.

"Apa?"

"Nampaknya kau tak tahu langsung pasal perniagaan Dato' Khayruddin, kan?"

"Apa awak cuba cakap?" Semakin bertambah kerutan di dahi Hayfa.

Aydan buat endah tidak endah. Kepalanya diangguk anggukkan mengikut rentak lagu yang didengari. Hayfa merengus kasar. Malas la nak layan orang macam ni! Tapi dalam kepala, asyik teringatkan pesanan Aydan tadi.

Jaga papa? Dari apa atau siapa? Kenapa? Dia kenal papa? Satu demi satu soalan terpacul di minda namun masih tiada jawapan. Semua soalan itu terus berlegar legar di otak.

Identiti sebenar Aydan masih lagi dibaluti misteri. Siapa dia sebenarnya dan apa yang dia nak? Yang penting, dia memang bukan insan biasa. Not just a normal psycho, he's more than that. Ada sesuatu yang dia sorokkan daripada pandangan umum, sebuah rahsia yang terkandung seribu satu jawapan.

And I have to find out !

"Stop that! Kita tak habis cakap lagi!" Hayfa menarik kasar headphone yang terlilit di kepala Aydan. Aydan nampak terkejut dengan tindakan spontan Hayfa.

"Pasal apa? Of me, a serial killer that were  stalking on your family? Hmm?"

"Tak. About who you really are,"

Aydan menjongket kening. "Ha?"

"Awak jangan nak buat muka seposen. Siapa awak, dan apa awak nak?"

Bibir Aydan perlahan lahan mengulum senyum. Senyum yang menyembunyikan seribu satu maksud tersirat.

Dia Hero AkuWhere stories live. Discover now