Hayfa mengerling ke arah kaki Funaira yang melecur. Dia rasa simpati melihat wajah pucat Funaira. Doktor kata dia stress sangat dan kurang makan. Nasib baik dia datang ziarah sekejap dan ternampak Funaira sudah rebah di tanah dan kakinya melecur akibat air panas yang tertumpah pada kakinya."Funaira, kenapa semua ni boleh berlaku? Kenapa tak telefon je aku kalau kau susah?" Bergetar nada suara Hayfa. Funaira senyum kelat. Dia cuba menyandarkan tubuhnya.
"Aku cuba nak masak air je. Tiba tiba aku pengsan." Dia kemudian mendukung Maryam yang sedang lena di pangkuan Hayfa. Hayfa ketap bibir. Rasa serba salah pulak.
"Kau tak dibenarkan balik lagi. Dalam pantauan doktor." Ujar Hayfa sambil melabuhkan punggung di sebelah penjuru katil.
"Maaf menyusahkan kau, Ifa. Aku cuma letih je, tak sangka sampai macam ni." Funaira senyum kelat. Tangannya naik mengurut pelipis.
Hayfa mengeluarkan telefonnya dan menaip mesej kepada Aydan. Nak taknak, dia terpaksalah cancel sahaja. Dia kena jaga Funaira kat hospital harini.
"Maaf sngt, tak boleh datang. Awk blik la dulu.."
Send.
Hayfa mengeluh berat. Keadaan Funaira amat mencemaskannya.
Sudahlah nak kena jaga anak sorang sorang, terpaksa buat kerja rumah sorang sorang. Nak mintak bantuan keluarga pun tak boleh sebab mereka sudah mengabaikan Funaira 100%. Hidup atau mati agaknya mereka tidak mahu tahu."Syazwan...tak datang ganggu kau?" Hayfa bertanya. Hal Syazwan amat membimbangkan Hayfa. Mamat sewel macam dia tu memang annoying. Sukar untuk dia lepas tangan kat Funaira macam tu aja.
"Dia takkan ambil tahu dah fasal kami. Dengar kata, dia nak ke luar negara dengan tunang pilihan ayah dia." Kata Funaira. Sesekali Maryam yang didukungnya merengek, mungkin kerana lenanya diganggu.
Hayfa bungkam. Sebagai seorang rakan, beban yang ditanggung Funaira seolah turut dialihkan pada bahunya. Tapi, Funaira masih nampak tenang. Mungkin dalam jiwa sudah remuk redam menahan pilu.
"Ifa, kalau kau tak ada nanti kau jaga Maryam elok elok."
Spontan Hayfa menengadah muka. Tersentak dia apabila tiba tiba Funaira kata begitu.
"Kau jangan cakap yang bukan bukan, Naira."
"Aku serius ni, Ifa. Bila dia dah besar, aku tahu pasti orang akan buli dia atau cemuh dia. Tolong protect dia dan bagi dia ajaran agama yang benar. Jangan..jangan biarkan dia jadi macam aku." Kata Funaira dicelah esak tangis yang semakin lebat.
"Naira....." Suara Hayfa bertukar lirih. Dia tunduk, cuba menahan air mata dari gugur.
"Dan aku appreciate sangat kau sanggup bawak aku ke hospital dan jaga aku. Aku harap tak menyusahkan kau." Kata Funaira lembut.
Serta merta muka Aydan terimbau pada kotak fikiran Hayfa. Hayfa telan air liur yang terasa kelat di celah rengkungan. Harap harap Aydan tak makan hati lah yang dia tiba tiba cancel janji tu.
*****
"Ifa dah balik."
Selepas maghrib, Hayfa pulang atas desakan Funaira yang tidak mahu menyusahkannya. Lagipun ada nurse datang tadi dan tolong tukar lampin Maryam.
Sebaik tiba di rumah, raut wajah Datin Normah dan Ilya menjadi jamahan mata. Mereka seakan terkejut melihat Hayfa. Hayfa kerut dahi.
"Err, kenapa ni mama? Lya?"
"Ya Allah, Ifa..Ifa dari mana sayang?" Datin Normah memegang bahu Hayfa. Hayfa masih bingung. Apa yang terjadi sebenarnya ni sampaikan macam ni sekali Datin Normah risau?
"Dari hospital ma. Lawat Funaira, dia pengsan tadi." Balas Hayfa. Datin Normah pandang Ilya. Mereka bersabung pandang.
"Akak off kan telefon ke?" Tanya Ilya.
"Ha'ah..Sebab taknak ganggu anak Funaira. Kenapa?"
Ilya menghembuskan nafas berat.
"Sebenarnya, abang Aydan...accident. "
"Apa?" Hayfa terkejut. Dia mahu memastikan yang dia tidak salah dengar. Darahnya berderau.
"Tadi, adik dia datang nak bagitahu akak. Abang Aydan accident dalam perjalanan pulang. Dia kena langgar lari dan sekarang kat hospital. Ilya cuba telefon akak tapi.." ayat Ilya terhenti di situ.
Hayfa rasa jantungnya sesak. Dunia pula seperti kelam buat seketika. Dalam hati cuba menidakkan tapi telinga yang mendengar mengiakan. Kalut Hayfa mencari telefon bimbitnya di kocek seluar dan mendail nombor Gen. Tapi, nampaknya telefon Gen turut dimatikan.
Hayfa rasa tidak sedap hati.
"Betul ke ni Lya? Kau..kau jangan prank akak!"
"Ya Allah, buat apa Lya nak bohong soal hidup dengan mati ni?" Ilya nampak tidak puas hati.
Hayfa diam seribu bahasa. Akal fikirannya bercelaru. Tiada ayat yang terlontar keluar daripada mulut Hayfa. Semuanya terasa begitu mengejutkan.
Kemudian telefonnya berdering. Hayfa pantas menjawab apabila tertera nama Gen. Dia jadi kelam kabut tiba tiba.
"Hello? Gen?"
"Cik Hayfa..." Suara Gen lemah. Seperti seseorang usai menangis.
"Gen, macam mana Aydan?"
"Dia...koma."
Jantung Hayfa rasa bagai dihentak bertalu talu. Kelopak matanya dipejam, cuba mencari cari kekuatan.
"Nanti saya datang--"
"Tak boleh cik Hayfa.."
Hayfa kerut dahi. Terasa mahu dilontar telefon pada dinding bila Gen cakap macam tu.
"Maaf, Gen tak berniat apa apa. Cuma, dia dalam wad kritikal dan rasanya dia tak bagi ramai orang masuk. Maaf sangat cik Hayfa." Kata Gen. Hayfa diam. Dia rasa begitu terkilan dengan semua yang terjadi.
"Tapi, Gen akan bagitahu cik pasal keadaan dia dari semasa ke semasa. Cik jangan risau, ya? Assalamualaikum." Gen kemudian memutuskan talian. Hayfa masih kaku. Tubuhnya bagai patung. Semuanya terlalu tiba tiba.
*****
Holla guys!
Actually, this was inspired by a true story about a girl student in my school. Dia koma lama sangat sampaikan ada khabar angin yang tular pasal dia . dia dah sihat sekarang, Alhamdulillahi rabbil alamin.
Maafkan karya yang begitu amateur ini. Sejak akhir akhir ni sis (?) agak down for some weird reason . Jadi mood nak menulis agak kurengg.
Please drop your comments below , gais ! B'cause that just made my day .
YOU ARE READING
Dia Hero Aku
RomanceLelaki itu cukup misteri , setiap bait perkataan yang dituturkan menyakitkan hati , sampai aku naik benci ! Muncul tanpa diundang , menjemput cinta juga tanpa diundang . Adakah dia bukan calang calang orang ? Tapi ke mana sepatutnya hala tuju peras...