Bab 21

284 21 4
                                    


"Saya kena pergi . M- minta maaf." Hayfa menggeletar . Dia tidak mampu memandang pun sepasang mata Aydan .

Lututnya lemah . Dia rasa seperti mahu jatuh pada bila bila masa sahaja . Perasaan gemuruh memenuhi dada .

"Wait. "

Hayfa telan air liur . Langkahnya terhenti sendiri . Suara dingin Aydan membuat dirinya kelu lidah .

"Ada aku arahkan kau keluar ?"

"T-tak. " Balas Hayfa bersahaja .
Dia masih tunduk menekur lantai. Hujung kaki menguis lantai.

"Baru tukar boss baru dah tak ikut arahan ?"

Terasa berdesing telinga Hayfa bila dilontarkan tomahan begitu. Aydan masih Aydan yang dia kenal dua tahun . Menyakitkan hati !

"Maaf . Saya...uhmm...tak sengaja."

Gegendang telinga menangkap keluhan panjang yang keluar daripada mulut Aydan .

"Kenapa kalut sangat ni hmm?
Ada boyfriend tunggu ke ?"
Aydan menyilangkan tangan ke dada . Kening dijongketkan .

"Saya banyak kerja lagi , encik .
Sebabtu saya nak cepat ."  Hayfa
terpinga pinga jadinya . Rasa janggal benar ingin berbahasa
'Saya - encik ' dengan Aydan .

"Oh yea , cik Hayfa Hanani ."
Aydan tertawa kecil . Hayfa cuma ketap bibir . Dia tahu Aydan sengaja menyindirnya .

"Kenapa ? Salah ke saya panggil tuan , 'encik '?" Hayfa cuba berbasa basi. Jangan dia nak suruh aku panggil Intan payung pulak .

"Yeah , about that ." Aydan berdehem . Dia mengambil duduk di atas kerusi . Jari jemari bermain main dengan fountain pen . "How about Aydan ?"

"Apa ?" Hayfa kerutkan dahi.

"Tak dengar apa aku cakap ? Panggil aku Aydan ." Ulang Aydan lagi .

"No , tak sopan la macam tu . Kalau Tan Sri dengar , habislah saya ." Hayfa berdalih . Kepalanya digeleng berkali kali mendengar kata Aydan itu . Entah apa apa betul .

"Aku ada kuasa kat sini . He won't say a thing.  Jadi , rasanya kau boleh ikut arahan tu . Lagipun aku tak suka terlalu formal dengan orang lain ." Aydan cuma pasang muka toya mendengar alasan Hayfa . Nampak sangat ketara wanita itu menggelabah tak tentu fasal .

"Tapi ..."

"Okay , you leave me with two options here Hanani . Sama ada kau panggil aku Aydan , atau kau panggil aku 'sayang' setiap kali aku jumpa kau . Amacam offer aku?" Aydan jongket kening sambil menyandar tubuh pada kerusi. 

Hayfa buntangkan mata . Seriau darah mendengar tawaran mengarut tu . Geli geleman aku dengar perkataan 'sayang' tu , apatah lagi nak panggil dia gitu .
Cis !

"Awak tak boleh paksa saya !"
Hayfa membentak kuat . Matanya dijegilkan ke arah Aydan yang masih bersahaja memandangnya .

"Biar aku ingatkan polisi 'pekerja kena ikut arahan boss kecuali bertentangan dengan sebarang undang undang '. And you , technically is my employee now . Jadi ya , aku boleh paksa ." Aydan sekali lagi memberikan hujah mengarutnya .

"Awak memang menjengkelkan,
Aydan !" Hayfa sudah rasa membahang muka tengok Aydan tersenyum kemenangan .

"Apa lagi yang awak nak ? Saya banyak kerja lagi ni tahu tak , bukannya berdiri kat sini melayan awak mengomel entah apa apa ." Hayfa mula membebel di luar sedar . Aydan cuma ketawa halus .

"You do realized that you're talking to your boss ?" Aydan sekali lagi menduga . Hayfa melepaskan keluhan .

"You're so annoying . Takde apa yang berubah pun." Hayfa naik angin , kata kata itu meluncur keluar tanpa dia sedar . Langsung tidak ambil pusing kenyataan bahawa yang sedang duduk di hadapannya adalah bossnya , bukan lagi jiran sebelah rumah dia .

Dia Hero AkuWhere stories live. Discover now