Bab 5

358 36 14
                                    


     "Aku minta maaf sangat sangat Ifa..Aku menyesal sangat. Tolonglah jangan bencikan aku."
Ujar Funaira di celah tangis. Terhinjut hinjut bahunya kerana menangis. Hayfa masih diam. Kalau nak diikutkan memang dia masih marah. Tapi tengok Funaira bersungguh sungguh datang sini seorang diri dengan perut memboyot, timbul rasa kasihan dalam hati Hayfa.

Lagipun, Hayfa tak sanggup memutuskan hubungan persahabatan mereka yang sudah terjalin lapan tahun lamanya semata seorang lelaki iaitu Syazwan. Lagipun semua orang melakukan kesilapan dan patut diberi peluang kedua

Serta merta tubuh Funaira didakap erat. Funaira teresak esak menangis di bahu Hayfa. Terasa dirinya begitu jijik untuk bersahabat dengan insan seperti Hayfa yang sangat baik hati. Selepas semuanya reda, Hayfa meleraikan pelukan.

"Jangan nangis lagi, aku faham.
Mana ada manusia perfect, Naira. Aku maafkan kau." Hayfa cuba memujuk. Dia pula yang rasa nak menangis tengok Funaira yang sudah bengkak mata.

"Aku.." Funaira hilang kata kata. Dia begitu terharu.

"Yang penting, kau bertaubat dan tak ulang dah kesilapan kau tu. Jangan nangis teruk sangat, kesian kat baby dalam perut tu.."
Hayfa cuba menitipkan kata kata semangat. Lambat lambat Funaira senyum.

"Dah scan?" Hayfa cuba menceriakan suasana. Perut Funaira diusap.

"Dah. Perempuan." Jawab Funaira.

"Yeay, baby girl..bolehlah teman auntie Ifa!"

Hayfa angkat kepala. Dahi Funaira berkerut kerut dan bibirnya diketap ketap, seolah olah kesakitan. Hayfa memeluk bahu Funaira.

"Funaira, kau ok tak ni?" Hayfa kaget. Nafas Funaira mula tidak teratur.

"Sakit.." Keluh Funaira. Jari jemarinya mencengkam sofa. Sakit yang amat sangat, seakan mencucuk cucuk perutnya. Urat uratnya seakan dipintal pintal. Hayfa bangun berdiri. Tersentak dia melihat cecair yang mengalir di celah paha Funaira. Hayfa membulatkan mata.

"Masya Allah! Naira, kau dah nak bersalin!" Hayfa panik. Sudahlah papa, mama dengan Ilya tiada di rumah. Keretanya juga tiada!
"Sekejap, kau bertahan! Aku cari bantuan!"

Hayfa menapak keluar rumah. Terkial kial dia menyarungkan selipar lalu bergerak ke rumah Aydan. Pintu rumah Aydan diketuk bertalu talu.

"Aydan! Aydan!!" Bagai hendak tercabut anak tekaknya menjerit. Pintu dikuak, Aydan berdiri di hadapannya dengan dahi berkerut. Mungkin agak marah kerana diganggu.

"Kenapa ni, Ifa?"

"Tolong, I need your help ! Kawan saya nak bersalin!" Hayfa menghalakan jari telunjuk ke arah rumahnya. Aydan nampak terkejut.

"Takde orang kat rumah kau ke?"

"Takde! Kami nak pinjam kereta awak, bawak dia ke hospital!"

"Ok, aku akan start kereta. Kau tolong papah dia buat masuk kereta aku." Arah Aydan. Hayfa cepat cepat meluru ke arah Funaira. Peluh sudah membasahi dahi Funaira. Sesekali terdengar Funaira mengaduh kesakitan.

Selepas Funaira dimasukkan ke dalam perut kereta, Aydan cepat cepat menghidupkan enjin kereta. Kereta Aydan memecut laju di jalan raya.

*****

Tiga jam di dalam labor room, barulah Funaira selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Funaira duduk di atas kerusi roda. Dia melihat seorang bayi yang baru keluar dari rahimnya sedang tidur lena di balik kaca. Setitis air mata hangat gugur.

"Siapa azankan dia, Ifa?"

"Papa aku, dia datang tadi lepas aku telefon aku hantar kau ke sini." Jawab Hayfa. Funaira hanya tersenyum. Dia tidak kisah pun siapa yang sudi mengazankan atau mengiqamatkan anaknya, asalkan anaknya itu dapat mendengar seruan agung di telinganya.

Dia Hero AkuWhere stories live. Discover now