Bab 22

295 25 2
                                    


Aydan mengerling jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan . Jarum jam pendek sudah bergerak ke arah angka 8 . Sudah tiba masanya dia pulang ke rumah . Semua kerja yang dia siapkan membuatkan Aydan lupa seratus peratus tentang rumah .

Aydan menyandarkan tubuh pada kerusi dan menggeliat sebelum dia mengemaskan mejanya yang berterabur dengan fail . Kunci kereta dicapai sebelum dia melangkah keluar daripada bilik pejabatnya.

Suasana sekeliling sudah agak gelap , cuma beberapa lampu sahaja yang masih dihidupkan . Baru sahaja Aydan mahu bergerak , matanya tertancap pada figura seorang gadis yang kelihatan masih tidur di meja kerja . Patutnya semua pekerja dah balik , takkan ada orang overtime kot .

Nak tak nak , Aydan mengatur langkah ke arah wanita itu . Kang kena sampuk nanti , aku yang kena bertanggungjawab pulak .

"Hey , hey . Bangun ." Hujung jari Aydan mencuit bahu wanita itu . Wanita itu masih tidak berganjak walaupun seinci . Aydan rasa nak ketawa mendengar dengkuran halus yang keluar daripada mulut wanita itu .

"Hey dah malam ni . Awak kena balik sekarang ." Kata Aydan . Bahu gadis itu digoncang sedikit. Gadis itu mula mengumam yang bukan bukan .

"Tania , jangan ganggu akulah . Kau pergi lepak sana . Syuh syuh!"

Aydan cuba menahan tawa . Sah , ini suara Hayfa . Rasa nak gelak terbahak bahak pulak bila perempuan ni mengigau . Entah apa apa betul .

"Hey , Hanani . Bangun !" Aydan cuba menguatkan suara lagi tapi Hayfa masih lena diulit mimpi .

"Hayfa Hanani !!!" Aydan mengetuk kuat meja . Hayfa terperanjat . Dia bingkas bangun dan berdiri tegak seperti askar .
Minda masih belum mampu memproses apa yang sedang terjadi .

"Yes sir ! Saya siapkan misi tu sekarang !!" Hayfa mamai . Dia langsung tidak sedar apa yang terpacul daripada bibirnya . Aydan tahan ketawa , tapi cuba berlagak tenang .

"Misi apa pulak kau ni Hanani ?
Aku suruh kau balik kan ?" Aydan menyilangkan tangan ke dada , cuba berlagak tegas . Padahal dalam hati rasa macam nak gelak guling guling .

Hayfa bungkam seketika . Beberapa saat kemudian dia seakan baru tersedar . Mukanya merah menahan malu . Berhati hati dia mengelap mukanya menggunakan hujung lengan baju , takut ada kotoran yang melekat .

"M-maaf . Saya balik sekarang ."
Hayfa tunduk , tidak berani memandang Aydan . Dia rasa malu betul . Tangannya ligat menyimpan barang barangnya . Itupun rasa kekok sebab Aydan memandangnya .

Aydan rasa tercuit melihat Hayfa menggelabah.  Nampak begitu comel di matanya. 

"Lain kali kalau nak tidur pun basuh kaki , takdelah mimpi yang bukan bukan." Sempat Aydan menyindir . Hayfa ketap bawah bibir. Geram !

"Maaf , encik ."

"Apa dia ?" Aydan sengaja mendekatkan wajahnya . Hayfa kerut dahi .

"Saya minta maaf , encik !" Hayfa ulang semula , kali ini nadanya sengaja dikuatkan . Fikirnya Aydan tak dengar apa dia cakap .

"Encik ? Siapa encik ?"

Hayfa mengeluh kasar . Memang dia tahu Aydan sengaja tanya macam tu ! Pantang aku silap panggil sikit mulalah dia nak mengusik .

"Saya minta maaf , AY-DAN !"
Hayfa rasa macam nak menjerit pun ada di kala ini . Aydan cuma memandang wajahnya dengan dahi berkerut . Hayfa bertambah kekok . Apehal dia ni ? Dah lama tak makan penampar ke apa ?

"Hanani ,"

Hayfa kaget apabila Aydan mendekatkan dirinya . Perlahan lahan dia menapak ke belakang .
Aydan nampak serius tiba tiba . Jantung Hayfa berdebuk debak . Rasa gemuruh memenuhi diri .

Dia Hero AkuWhere stories live. Discover now