Bab 14

266 24 0
                                    


Hayfa sedang kusyuk membaca novel apabila tiba tiba telefonnya berdering. Nombor yang tidak dikenali terpampang pada skrin telefon. Agak serba salah, Hayfa mengangkat.

"Hello?"

"Ifa.."

Hayfa membuntangkan mata. Dia cam benar suara yang sedang memanggilnya di hujung corong telefon. Terasa mahu dibaling telefon ke dinding sampai berkecai tanda protes.

"Maaf, salah nombor. "

"Ifa, jangan letak dulu. Dengar apa yang saya nak cakap." Syazwan merayu. Hayfa jeda menanti balasan lelaki itu. Terdengar keluhan berat terlepas dari mulut Syazwan.

"I...I can't live without you.."

"Then die. "

Selepas menuturkan dua patah perkataan itu, butang merah ditekan. Sudah muak benar dengan bicara lelaki itu. Mudah menabur kata kata manis, tapi hati macam dah dicelup dengan lima botol kicap. Hitam legam!

Riiinggg~~!!

Hayfa pekakkan telinga. Bibir diketap. Hatinya betul betul berasap dan membara macam air mendidih.

Riingg!!!

"Apa?!! Berhenti kacau aku lah!!"
Hayfa mengalah. Dia jawab juga panggilan itu. Bagai nak tercabut urat tekak menjerit pada telefon itu.

"Hah...? Ok, sorry. "

Panggilan dimatikan. Hayfa mengerut dahi. Dia mengerling ke arah skrin. Bagai hendak gugur jantung dari tangkai mendapati Aydan baru sahaja menelefonnya.

Berkali kali nombor Aydan didail semula. Takut juga bila Aydan merajuk atau terasa hati bila dia tiba tiba menjerit macam tu. Tapi hanya masuk voice note. Hayfa rasa serba salah. Mesti Aydan merajuk.

"Habis kredit aku macam ni." Sempat Hayfa mengeluh. Berkali kali telefon, Aydan masih belum jawab. Rasa bersalah semakin menebal. Alamak, apalah yang aku dah buat? Tulah, main serkap jarang.

Lepas beberapa kali cubaan, jejaka di sana akhirnya mengangkat gagang telefon.
Hayfa menghembus nafas lega.

"Er...Aydan. Apa yang saya cakap tadi, errrr....That was not meant for you. "

"Tak apa."

"Betul ke?"

"Hmmm."

Apesal ringkas sangat mamat ni?
Semua benda senang sangat, tak ada cabaran langsung. Tapi kadang kadang takut jugak yang dia tak ikhlas. Hayfa cuba memaniskan muka.

"Aku tak boleh cakap lama lama ni. Aku cuma nak tahu, kalau kalau kau free lagi petang ni?"

"Kenapa? Nak bawak saya pergi mana pulak ni?"

"Tempat yang kau suka!" Nada suara Aydan ceria. Hayfa tarik senyum. Entah apa pula yang lelaki itu rancang dalam kepala dia. Jangan cakap nak bawak aku pergi tempat memancing lagi sudahlah. Serik!

"How about a no ?" Hayfa sengaja mahu menduga. Sudah dapat diteka riak wajah terkejut Aydan.

"Kenapa?"

"Jadual saya tak semestinya kosong, kadang kadang pack jugak." Inilah salah satu penipuan yang nyata keluar dari mulut Hayfa. "Hmm, kalau awak tanya elok elok, mungkin saya pertimbangkan."

Terdengar keluhan berat melalui corong telefon. Hayfa sengih nakal.

"Wahai cik Hayfa Hanani, sesungguhnya saya amatlah berbesar hati sekiranya cik sudi keluar bersama saya pada petang ini. Jadi, sudikah --"

"Sudah, sudah. Awak ni kelakar lah kadang kadang." Hayfa menekup mulut. Cuba menahan tawa yang hendak meletus. "Yelah, saya setuju."

"Good, because that's was embarassing. " Aydan ketawa kecil.

*****

"Ok. Bye."

Sejurus menamatkan panggilan telefon, Aydan menghela nafas panjang. Pandangan matanya kembali ditalakan ke arah raut wajah seorang lelaki berkaca mata berusia separuh abad.
Senyumannya mati serta merta.

"Baguslah tengok Aydan dah mula bersosial." Lelaki itu membetulkan kedudukan kaca matanya. Ada senyuman kelat terukir di wajah tuanya itu.

"Tapi, dia dah tahu siapa Aydan?"

"Tak. Dan dia tak perlu tahu." Aydan bersuara mendatar. Lelaki tua itu menganggukkan saja kepala. Dia tidak kisah Aydan bersikap dingin kepadanya.

"Aydan, Aydan kena balik. Uruskan perkara yang akan jadi hak Aydan. Kat sini, Aydan cuma lelaki biasa. You're more than that. "

Aydan masih membisu. Dia mengerling ke arah Gen yang sedang sibuk bekerja. Adiknya itu juga kelihatan akan kekok dengan kehadiran lelaki tua itu.
Lelaki yang bertahun tahun sudah tidak wujud dalam kamus hidup mereka, kini muncul semula.

"Kenapa Aydan?" Aydan menyelit soal. Soalan yang bagai meronta ronta untuk dilepaskan daripada lubuk hati.

Lelaki tua itu jeda seketika.

"Because you're my son, Aydan."

Aydan hanya diam membisu. Ya, itu memang tidak boleh disangkal dan dinafikan. Darah lelaki tua itu turut mengalir di tubuhnya.

"Gen ada kan? Dia pun anak ayah jugak."

"Aydan." Lelaki tua itu semakin hilang sabar apabila merasakan Aydan cuba mengelak. Aydan mengeluh, tidak tahu apa yang sepatutnya dia balas.

"Bagi Aydan masa."

"Tak. Tak ada masa lagi dah Aydan. Kau pun nampak, aku dah tua." Lelaki tua itu mendesak.

Aydan hanya diam membisu. Wajah manis Hayfa Hanani tiba tiba terlayar di minda. Bersediakah dia memberitahu apa yang bermukim di jiwanya? Itu soalan yang meresahkan hati Aydan.

"Is something bothering you ?"

"That's none of your business. " Aydan berang.  Matanya dijegilkan ke arah lelaki tua itu.

"Ahh, I see.." Lelaki tua itu menarik senyum sinis. Tangannya disilangkan. "Kau dendam dengan aku, kan?"

Aydan masih diam. Tidak mahu menjawab soalan itu.

"Apa pun masalah tu, selesaikan secepat mungkin." Ujar lelaki tua itu sebelum bangun berdiri dan berlalu pergi.

Aydan masih dihantui kebisuan. Gen datang menghampiri dan menepuk perlahan bahu abangnya itu.

"Lambat atau cepat, cik Hayfa kena tahu." Ujar Gen serius. Tiada lagi nada seloroh atau gurauan. Lambat lambat Aydan anggukkan kepala. Dia pun tidak tahu macam mana reaksi Hayfa kalau dia tahu siapa jiran sebelahnya itu.

*****

Dia Hero AkuWhere stories live. Discover now